ANTONIM
Antonim ialah kata
yang berlawan maksudnya.
A
agung - kecil
aib - bangga
ajaib - biasa
aktif - pasif
alim - jahil
am - khas
angkasa - bumi
azab - bahagia
B
bakhil - pemurah
bangkang - sokong
banjir - kamarau
becok - pendiam
beku - cair
bentang - gulung
bersatu - bercerai
biduan - biduanita
bongsu - sulung
borong - runcit
buncit - kempis
C
cedera - pulih
cemas - tenang
cerah - kelam
cicir - jumpa
D
duka - suka
dunia - akhirat
E
eksport - import
G
gadai - tebus
genap - ganjil
gelisah - tenteram
H
hafal - lupa
hapus - biak
hilir - hulu
hisap - hembus
hutang - tunai;
piutang
|
I
ikat - hurai
isi - kulit
ingin - enggan
J
jahit - koyak
jatuh - bangun
jemput - usir
jujur - curang
K
kabur - nyata
karut - benar;
betul
kecewa - berjaya
kekok - mahir
kemarau - tengkujuh
kemas - comot
kemudian - dahulu
kendur - tegang
kerap - jarang
keruh - jernih
kolot - moden
kusut - rapi
L
labuh - singkat
lari - kejar
lengang - ramai
lenyap - muncul
lintang - bujur
lumat - kasar
M
mabuk - siuman;
waras
majikan - pekerja
marah - pujuk
mujur - malang
mungkin - pasti
N
neraka - syurga
nyaring - garau
|
P
palsu - asli
patuh - ingkar
pekat - cair
pejam - celik
pemuda - pemudi
pucat - berseri
R
racun - penawar
rampas - minta
redup - panas
rendam - jemur
rindu - benci
risau - tenang
S
sayup - jelas
separuh - semua
sah - batal
sambut - halau
saudara - saudari
sebentar - lama
|
seniman - seniwati
serah - terima
serang - kawal
serupa- - berlainan
sesak - lapang
setia - khianat
sopan - biadab
sudi - enggan
susun - selerak
T
tahniah - takziah
tambat - lepas
tegap - goyang
teliti - cuai
timbus - gali
U
undur - mara
W
wujud - tiada
|
AYAT AKTIF DAN
AYAT PASIF
Ayat Aktif
Ayat aktif ialah yang
menekankan atau mengutamakan si pelaku/pembuat sebagai subjek dan ayatnya
mengandungi kata kerja yang berawalan MeN-
(me-, mem-, men-, menge-, dan meny-).
Ayat Pasif
Ayat pasif ialah ayat yang
menekankan/mengutamakan objek dan perbuatannya. Ayat ini mengandungi kata kerja
tanpa awalan atau kata kerja yang berawalan di- beserta dengan kata sendi oleh.
Perhatikan ayat-ayat contoh di bawah
ini.
Ayat Aktif
|
Ayat Pasif
|
1.
Saya sudah menyiapkan semua kerja
sekolah.
|
1. Semua kerja sekolah telah saya
siapkan.
|
2.Kami mesti
menumpukan perhatian apabila guru mengajar.
|
2.Perhatian
mesti kami tumpukan apabila guru mengajar.
|
3. Kamu
perlu mengajarnya menulis jawi.
|
3. Menulis jawi perlu kamu ajar kepadanya.
|
4. Ayah membelah kayu api itu.
|
4.
Kayu api itu dibelah oleh ayah.
|
5. Mereka sedang menganyam tikar mengkuang
itu.
|
5. Tikar
mengkuang itu sedang dianyam oleh
mereka.
|
Jenis-jenis Ayat Aktif
Ayat aktif terbahagi kepada dua jenis
seperti yang berikut:-
1. Ayat aktif transitif
2. Ayat aktif tak transitif
a)
Ayat Aktif Transitif
Ayat aktif transitif ialah ayat yang
mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh frasa nama sebagai
objek.
Perhatikan
binaan ayat aktif transitif di bawah ini.
Subjek Predikat
Kata Kerja Transitif Objek
1. Dia memancing ikan.
2. Pak Samad membajak sawah itu.
3. Sazali memarahi anaknya
4. Kami mematuhi ajaran guru.
5. Beliau merasmikan bangunan baru itu.
b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak
transitif ialah ayat aktif yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu
yang tidak diikuti oleh objek sebagai penyambut.
Perhatikan
binaan ayat aktif tak transitif di bawah ini.
1. Anak
kecil itu pandai menyanyi.
2. Ibunya
sedang mandi.
3.
Motosikal itu terjunam ke dalam gaung.
·
Hanya ayat aktif transitif yang
dapat dipasifkan kerana ayat aktif transitif mempunyai objek di dalamnya. Ayat
aktif tak transitif tidak dapat dipasifkan kerana tidak mempunyai objek di
dalam ayat tersebut.
Jenis-jenis Ayat Pasif
Dalam bahasa Melayu baku ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga
jenis seperti yang berikut:-
1. Ayat pasif diri pertama - (aku, saya, beta,
hamba, patik, daku, kami dan beta)
2. Ayat pasif diri kedua - (anda, awak, engkau, kamu, kalian dsb)
3.
Ayat pasif diri ketiga - (dia,
mereka, nya, beliau, Ali dsb)
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
a) Ayat
Pasif Diri Pertama
Ayat pasif
diri pertama ialah ayat pasif yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri
pertama seperti aku, beta, saya, kami, kita, dan sebagainya.
Ayat
contoh:
b)
Rumah itu saya bina.
b)
Kereta itu kami beli.
b)
Jambatan itu aku
robohkan.
b)
Ayat Pasif Diri Kedua
Ayat pasif diri kedua ialah ayat pasif
yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri kedua seperti awak, kamu, anda,
dan sebagainya.
Ayat
contoh:
1. Jam tangan itu kamu beli?
2. Kasut kulit itu awak gilap?
3. Buku novel itu anda baca?
c) Ayat Pasif Diri Ketiga
Ayat pasif diri ketiga ialah ayat pasif
yang di dalamnya terdapat kata ganti nama diri ketiga seperti dia, beliau,
mereka, dan sebagainya.
Ayat contoh:
1. Dahan rambutan itu dicantas oleh mereka.
2. Pintu
bilik itu dibaiki oleh Maniam.
3. Lori panjang itu dipandu olehnya/dia.
·
Ayat pasif diri pertama dan
ayat pasif diri kedua adalah sama bentuknya tetapi ayat pasif diri ketiga
bentuknya berbeza dengan ayat pasif diri pertama dan ayat pasif diri kedua.
·
Elakkan daripada
membina/membentuk ayat pasif diri ketiga sama seperti pembentukan ayat pasif
diri pertama dan ayat pasif diri kedua dan sebaliknya.
Contoh:
1.a) Bilik tidur itu mereka kemaskan. (X)
b)
Bilik tidur itu dikemaskan oleh mereka. (√)
2.a) Permaidani itu Ali hamparkan di ruang tamu.
(X)
b)
Permaidani itu dihamparkan oleh Ali di ruang tamu. (√)
3.a) Nasi itu telah ditanak oleh saya. (X)
b)
Nasi itu telah saya tanak. (√)
4.a) Pasu bunga itu telah dipecahkan oleh awak?
(X)
b)
Pasu bunga itu telah awak pecahkan? (√)
AYAT CAKAP AJUK DAN AYAT CAKAP PINDAH
Ayat Cakap Ajuk
Ayat
cakap ajuk ialah ayat daripada percakapan seseorang yang disalin atau ditiru
semula secara bulat-bulat seperti yang diucapkan tanpa mengubah maksudnya. Ayat
cakap ajuk ini ditandai dengan tanda petik (“……….”).
Ayat Cakap Pindah
Ayat
cakap pindah ialah ayat daripada percakapan seseorang yang ditulis atau disalin
dengan gaya
bahasa kita sendiri tanpa mengubah maksudnya.
Perhatikan contoh ayat cakap
ajuk dan ayat cakap pindah di bawah ini.
Ayat Cakap Ajuk
|
Ayat Cakap
Pindah
|
1. “Saya amat meminati penyanyi Siti
Nurhaliza,” kata Mahyun.
|
1. Maimun
berkata bahawa dia amat meminati
penyanyi Siti
Nurhaliza.
|
2. “Mengapakah dahi kamu benjol?”
tanya
Ramlan kepada adiknya.
|
2. Ramlan bertanya kepada adiknya
sebab
kepalanya benjol.
|
3. Kata Faiz, “Jangan hampiri perigi
buta itu,
Kamil.”
|
3. Faiz
melarang Kamil daripada menghampiri
perigi
buta itu.
|
4. “Wah, cantiknya bunga
ros ini!” kata Mary.
|
4. Dengan rasa kagum Mary berkata
bahawa
bunga ros itu cantik.
|
·
Apabila hendak menukarkan ayat cakap ajuk kepada
ayat cakap pindah dan begitu juga sebalik, beberapa perkara perlu diubah
terutama kata ganti nama, masa, kata keterangan, kata ganti nama tunjuk, dan
kata kata ganti nama tempat.
Perhatikan perubahan di
bawah ini.
Perkara
|
Ayat Cakap Ajuk
|
Ayat Cakap
Pindah
|
Kata ganti nama diri
pertama
|
aku, saya, hamba
patik
beta
kami, kita
|
dia, ia, nya
baginda
mereka
|
Kata ganti nama diri
kedua
|
anda, awak, kamu
engkau
anda sekalian
kamu semua
|
saya, dia, nya
kami, kita
|
Kata ganti nama diri
ketiga
|
dia
beliau
mereka
|
dia
beliau
mereka
|
Kata ganti nama tunjuk
|
ini
|
itu
|
Kata ganti nama tempat
|
sini
|
|
Kata keterangan cara
|
begini
demikian ini
|
begitu
demikian itu
|
Kata keterangan masa
|
sekarang
tadi
malam tadi
semalam
hari ini
esok
|
masa itu, ketika itu
tadinya itu
malam lepas
hari semalamnya
hari itu
esoknya, keesokan harinya
|
BANDINGAN SEMACAM
Bandingan semacam ialah kata-kata yang digunakan untuk membandingkan
sesuatu perkara dengan perkara yang lain dalam sama keadaannya.
A
angkuh seperti merak
B
becok seperti mulut murai
bengkang-bengkok seperti ular kena palu
berdenyut macan siput
berderai macam kaca terhempas
bersinar macam permata
bujur seperti daun sirih
C
cantik laksana bidadari
G
gelisah macam cacing kepanasan
gebu seperti kapas
gelojoh seperti langau
H
hangus seperti arang
I
ikal seperti mayang
J
jingga seperi pinang masak
K
kedekut seperti tangkai jering
kesat seperti pasir
kenyang seperti ular lepas makan
kurus seperti cicak kubin
L
lambat seperti kura-kura
lapar seperti nak mati
lembut seperrti sutera
licin seperti belut
licin (pipi) seperti telur dikupas
|
M
mahal seperti berlian/emas
mancung (hidung) seperti seludang
membabi buta macam badak
membelit macam ular
meluru macam babi hutan
mulia seperti nabi/raja
N
nikmat seperti di syurga
P
pahit seperti hempedu
pandai seperti kancil
pantas seperti kijang/kilat
pemalu seperti kongkang
R
ramping (pinggang) seperti kerengga
rapat seperti isi dengan kuku
ringan seperti kapas/kekabu
S
sayang seperti nyawa
segak seperti putera
senang laksana raja
sial seperti biawak
siksa bagai di neraka
T
tajam seperti pedang/sembilu
tandus seperti
tegang seperti dawai
terang sepeti siang/bulan mengambang
tumpul seperti belakang parang
U
ungu seperti biji kundang
untung seperti dapat rezeki terpijak
Z
zalim seperti firaun
|
HUKUM D-M
Hukum D-M bermaksud hukum tentang cara
kata-kata disusun/diatur supaya dapat membentuk frasa nama yang lengkap dan
sempurna.
‘D’ yang dimaksudkan ialah unsur yang
diterangkan/subjek ayat/perkara yang diterangkan.
Manakala ‘M’
pula bermaksud unsur yang menerangkan subjek.
Dalam
penulisan, gaya bahasa Melayu baku mengutamakan subjek/perkara. Kemudian
diikuti oleh penerangan tentang subjek/perkara berkenaan. Hal ini berbeza
dengan gaya bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris predikatnya didahulukan. Kemudian
diikuti oleh subjeknya.
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
Frasa Nama (salah)
|
Frasa Nama (betul)
|
jeruk betik
mini panggung wayang
Wawasan Wisma
belacan
sambal
goreng
ikan bilis
kambing
susu
Kim
Rumah Tumpangan
Malaya
Universiti
Negara
Zoo
Kuala
Lumpur Menara
tarik
teh
campur
air batu
Wong
Bengkel Kereta
api
kereta ekspres
|
betik
jeruk
panggung
wayang mini
Wisma
Wawasan
sambal
belacan
ikan
bilis goreng
susu
kambing
Rumah
Tumpangan Kim
Universiti
Malaya
Zoo
Negara
Menara
Kuala Lumpur
teh
tarik
air batu
campur
Bengkel
Kereta Wong
kereta api ekspres
|
Contoh
penggunaan dalam ayat:
1. a) Mini
pasar itu terletak di sebelah Bank Rakyat. (X)
b) Pasar mini itu
terletak di sebelah Bank Rakyat. (√)
2. a) Sal ai pisang itu dijual dengan harga
RM2.00 sekampit. (X)
b) Pisang salai itu
dijual dengan harga RM2.00 sekampit. (√)
3. a) Lembu kereta itu sarat dengan
muatan kayu api. (X)
b) Kereta lembu itu
sarat dengan muatan kayu api. (√)
·
Dalam penulisan atau binaan
ayat, elakkan daripada melakukan kesalahan berkaitan hukum D-M seperti yang
berikut:-
Kesalahan tidak mematuhi hukum DM apabila membentuk frasa nama.
Contoh:
1. a) Ubi tapai itu manis sekali rasanya. (X)
b) Tapai
ubi itu manis sekali rasanya. (√)
2. a) Kurung
baju itu dibuat daripada kain sutera Thai. (X)
b) Baju kurung itu dibuat daripada kain sutera Thai. (√)
IMBUHAN
Imbuhan
dapat dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti yang berikut:
Imbuhan
|
Penerangan
|
Contoh
|
awalan
|
Imbuhan yang diletakkan di
hadapan kata dasar
|
beR-, di-, ke-, meN-, peN-, pe-peR-, se-, teR-
|
awalan rangkap
|
Imbuhan rangkap yang
diletakkan di hadapan kata dasar
|
dipeR-, mempeR-
|
akhiran
|
Imbuhan
yang diletakkan di belakang kata dasar
|
-an, -i, -
|
apitan
|
Imbuhan yang diletakkan
serentak, iaitu di hadapan dan di belakang kata dasar
|
beR-…-an, beR-…-kan,
ke-…-an, meN-…-i,
meN-…-kan, mempeR-…-i, mempeR-…-kan, peN-…-an, pe-…-an, peR-...-kan
|
sisipan
|
Imbuhan yang diletakkan di
tengah-tengah kata dasar
|
-el-, -em-, -er-
|
Imbuhan Awalan
Awalan
beR- (be-, bel-, ber-)
Penggunaan: Untuk membentuk
kata kerja tak transitif daripada kata-kata lain.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Melakukan perbuatan
Contoh:
berbual, bertumbuk, berjoging, berlari,
berlakon
|
1.
Setiap hari Azim berjalan kaki ke
sekolah
2. Amin berbasikal ke
pantai
|
2. Perbuatan berlaku kepada
diri sendiri
Contoh:
bersikat, bersolek, berhias,
berdandan, bergincu
|
1.
Kartini sedang bersikat di dalam biliknya.
2. Puan Zakiah tidak pandai bersolek.
|
3.
Perbuatan berbalas-balas
Contoh: bergaduh, bertengkar, bergelut
|
1.
Anak-anak kecil itu bergaduh kerana berebut pistol mainan.
2.
Kedua-dua orang pemuda itu suka
bergusti.
|
4.
Keadaan telah sedia berlaku
Contoh: berjahit, bercat, bergam,
bertampal, berikat
|
1.
Papan lantai bilik itu sudah berketam.
2.
Pintu bilik bacaan itu telah berkunci.
|
5.
Memiliki
Contoh: beranak, berumah, beristeri, berpejabat,
berjanggut
|
1.
Kucing betina itu beranak empat.
2.
Wanita muda itu masih belum bersuami.
|
6.
Memakai
Contoh: berbaju, berseluar, berkasut,
berselipar, berselendang
|
1. Pengemis itu berseluar
pendek sahaja.
2. Kamal berjam tangan
baru hari ini.
|
INFO BAHASA
Awalan beR- akan
bertukar menjadi awalan ‘be’
apabila digabungkan dengan kata dasar yang ejaannya bermula dengan
huruf ‘r’.
Contoh:
ber + rambut = berambut
ber + rakit
= berakit
Awalan beR- akan
bertukar menjadi awalaan ‘bel’
apabila digabungkan dengan kata ‘ajar’.
Contoh:
ber + ajar =
belajar
Apabila awalan ber-
digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan huruf ‘-er-”, hurf r dalam ber- tidak digugurkan.
Contoh:
ber + derma = berderma
ber + serta = berserta
Walau bahagimanapun, bagi kata dasar ‘kerja’ yang menerima
awalan ber-, huru r dalam ber- digugurkan,
iaitu
ber- + kerja = bekerja. Bentuk ini dianggap kecualian.
Awalan ‘di-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja pasif.
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
|
1. Perbuatan pasif yang
dilakukan oleh diri
orang ketiga.
Contoh: diambil, diajar, dijahit, dimakan dsb
|
1. Anak kecil itu diasuh
oleh orang gajinya.
2. Pensel itu diasah
oleh
|
INFO BAHASA
Dalam binaan ayat, kata kerja
pasif yang berawalan ‘di-‘
digunakan hanya untuk diri orang ketiga sahaja.
Contoh:
(a) Pokok itu ditebang oleh mereka. (√)
(b) Pokok itu ditebang oleh saya. (X)
(c) Pokok itu ditebang oleh awak? (X)
·
· Dalam penulisan awalan ‘di-’ mesti dirangkaikan dengan kata kerja yang menyertainya.
· Contoh:
· di makan (X) dimakan (√)
· di conteng (X) diconteng (√)
·
· Awalan ‘ke-’
· Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan.
(a) Pokok itu ditebang oleh mereka. (√)
(b) Pokok itu ditebang oleh saya. (X)
(c) Pokok itu ditebang oleh awak? (X)
·
· Dalam penulisan awalan ‘di-’ mesti dirangkaikan dengan kata kerja yang menyertainya.
· Contoh:
· di makan (X) dimakan (√)
· di conteng (X) diconteng (√)
·
· Awalan ‘ke-’
· Penggunaan: Untuk membentuk kata nama terbitan.
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Yang dijadikan
·
Contoh:
ketua, ketagih, kehendak, kekasih
|
·
1. Ketua rombongan itu
menjalankan tugasnya dengan baik.
·
2. “Saya menurut segala kehendak ayah saya ,” kata Aziz dan
Sanusi.
|
·
2. Kata bilangan tingkat
·
Contoh:
kedua, kelapan, kesepuluh
|
·
1. Mereka berbaris di barisan
yang kesepuluh dalam
perhimpunan itu.
·
2. Pelajar yang duduk di
barisan kedua itu anak
·
Encik Seman.
|
·
3. Kata bilangan himpunan
·
Contoh: kedua-dua, ketiga-tiga, kelapan-lapan
·
|
·
1. Keempat-empat
batang sungai itu telah
·
tercemar.
·
2. Kelapan-lapan ekor
lembu itu dijangkiti
·
penyakit kuku dan mulut.
|
·
·
INFO BAHASA
·
Dalam penulisan, awalan ‘ke-’ yang digabung dengan
angka mesti dirangkaikan dan dibubuh tanda sempang (-).
·
Contoh:
·
ke-21 ke-60 ke-100
·
·
Awalan
‘meN-’ (me-, mem-, men-, meng-, menge-)
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Melakukan perbuatan
·
Contoh:
membunuh, mencuri, meramas, merendam
|
·
1. Anak kecil itu merangkak
di bawah meja.
·
2. Faizal memukul adiknya
dengan kayu
·
pembaris.
|
·
2. Menjadi
·
Contoh:
menguning, mengembang, mengecut, mengecil
|
·
1.
Bisul pada pahanya itu telah mengecut.
·
2.
Daun bunga itu menguncup apabila disentuh.
|
·
3.
Menjadi seperti
·
Contoh: membatu, membisu
|
·
1.
Tayar basikal yang bocor itu mulai mengempis.
·
2.
Benjol di kepalanya itu telah membesar
·
seperti telur
ayam.
|
·
4. Mengeluarkan bunyi
·
Contoh:
menyalak, mengiau, mengaum, menjerit
|
·
1. Anak kucing itu mengiau
kelaparan.
·
2. Ibu kambing itu mengembek
sepanjang
·
malam.
|
·
5. Membuat
·
Contoh:
melukis, menganyam, mengepam, mengepos
|
·
1. MInah
sedang mengayak tepung di dapur.
·
2. Aida
sedang menganyam tikar mengkuang
·
yang ditempah oleh pelanggannya.
|
·
6.
Menghala
·
Contoh: menghilir, mendarat, menghulu
|
·
1.
Mereka menghadapi pelbagai rintangan ketika
·
hendak menghulu sungai itu.
·
2. Kapal
terbang itu mendarat di lapangan terbang itu.
|
·
·
INFO BAHASA
· Huruf
awal kata dasar yang berikut akan berubah apabila digabungkan dengan awalan meN-.
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image001.gif)
p bertukar kepada m t bertukar
kepada n
· Awalan meN- menjadi awalan me-
apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng,
ny, r, w, dan y. Huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan
huruf k, p, s, dan t akan berubah.
Contoh:
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image002.gif)
meN-
+ masak ® memasak meN-
+ yakin ® meyakin(kan )
meN-
+ naik ®
menaik meN- +
korek ® mengorek
meN-
+ nganga ® menganga meN-
+ pukul ® memukul
meN-
+ nyanyi ® menyanyi meN-
+ sapu ® menyapu
meN- + rawat ® merawat meN-
+ tarik ® menarik
· Awalan meN-
menjadi awalan mem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula
dengan huruf b, kata pinjaman yang bermula dengan huruf f, p, dan v, serta gugusan
konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Contoh:
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image003.gif)
meN-
+ beri ®
memberi meN- +
pamer ® mempamer(kan )
meN-
+ bilas ®
membilas meN- +
veto ® memveto
meN-
+ boros ® memboros meN-
+ brek ® memukul
meN- + buka ® membuka meN-
+ plaster ® memplaster
· Awalan meN-
menjadi awalan men- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula
dengan huruf c, d, j, sy, dan z, kata pinjaman yang bermula
dengan huruf t dan s,
serta gugusan konsonan yang bermula dengan huruf t dan s.
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image004.gif)
meN-
+ cari ®
mencari meN- +
zarah ® menzarah
meN-
+ dapat ®
mendapat meN- +
taksir ® mentaksir
meN-
+ jadi ®
menjadi meN- +
tradisi ® mentradisi
meN- + syelek ® mensyelek meN-
+ swasta ® menswasta(kan )
· Awalan meN- menjadi awalan meng-
apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf g, h, gh, kh, a,
e, i, o, dan u serta kata pinjaman yang bermula dengan huruf k.
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image005.gif)
meN- +
gali ®
menggali meN- +
elak ® mengelak
meN- +
hantar ®
menghantar meN-
+ ikut ® mengikut
meN- +
ghaib ® mengghaib(kan ) meN- + olah ® mengolah
meN- +
khusus ® mengkhusus meN-
+ ukur ® mengukur
meN- +
atur ® mengatur meN- + kritik ® mengkritik
· Awalan meN-
menjadi awalan menge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
mempunyai satu suku kata sahaja.
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image006.gif)
meN-
+ bom
® mengebom meN- + lap ®
mengelap
meN-
+ cat
® mengecat meN- + pos ®
mengepos
·
·
·
·
·
Awalan ‘peN-‘ (pe-, pem-, pen-,
pel-, peng-, penge-)
·
Penggunaan: Membentuk kata nama daripada kata kerja
ataupun daripada kata adjektif.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Orang yang melakukan
perbuatan
·
Contoh: pelakon, pencuri,
penapis, pemain
|
·
1. Pemain bola sepak
itu kelihatan lincah sekali
·
apabila beraksi di
·
2. Pelakon drama itu
dapat membawakan watak
·
yang dilakonnya itu dengan baik sekali.
|
·
2. Sifat/tabiat
·
Contoh:
periang, pemalas, penakut, pemalu
|
·
1. Abang Moin seorang yang penakut.
·
2. Si
pemalas itu menghabiskan masanya
·
dengan tidur dan berkhayal.
|
·
3.
Orang yang suka melakukan sesuatu
·
perbuatan
·
Contoh: peminum, pemabuk, pendiam,
penidur
|
·
1.
Orang tua yang peminum itu jarang bertegur
·
sapa dengan kami.
·
2.
Pemuda itu seorang yang pendiam.
|
·
4.
Alat/sesuatu yang digunakan untuk membuat
· sesuatu kerja
·
Contoh: pencakar, pengaut, penggali, pembakar
|
·
1. Pak Ali menggunakan pengaut sampah untuk
·
mengaut sampah di dalam longkang itu.
·
2. Alat pembakar roti
itu telah rosak.
|
·
5. Sesuatu yang menyebabkan
jadi
·
Contoh: pemanis, pengeras,
penyakit, perosak
|
·
1. Ubat pengeras getah
itu beracun.
·
2. Serangga perosak
digunakan untuk
·
memerangkap tikus yang berkeliaran itu.
|
·
·
·
·
INFO BAHASA
· Huruf awal kata dasar yang berikut akan
berubah apabila digabungkan dengan awalan peN-.
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image007.gif)
p
bertukar kepada m t
bertukar kepada n
· Awalan peN- menjadi awalan pe-
apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf l, m, n, ng,
ny, r, dan w. Huruf awal pada kata dasar yang bermula dengan huruf k,
p, s, dan t akan berubah.
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image008.gif)
peN- +
lawat ® pelawat peN-
+ waris ® pewaris
peN- +
main ® pemain peN-
+ kail ® pengail
peN- +
nama ®
penama peN- +
pukul ® pemukul
peN- +
nganga ® penganga peN-
+ sapu ® penyapu
peN- +
nyanyi ® penyanyi peN-
+ tulis ® penulis
peN- +
rawat ® perawat
· Awalan peN-
menjadi awalan pem- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula
dengan huruf b, kata pinjaman yang bermula dengan huruf b, f, dan v, serta gugusan
konsonan yang bermula dengan huruf b dan p.
Contoh:
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image005.gif)
peN- +
beri ®
memberi peN- + fatwa ® pemfatwah
peN- +
bilas ®
membilas peN- +
veto ® pemveto
peN- +
boros ® memboros peN-
+ blok ® pemblok
peN- +
buka ® membuka peN-
+ proses ® pemproses
· Awalan peN-
menjadi awalan pen- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula
dengan huruf c, d, j, sy, dan z serta kata pinjaman yang bermula
dengan huruf t dan s.
Contoh:
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image009.gif)
peN- +
dapat ®
pendapat peN- +
tadbir ® pentadbir
peN- +
jaja ®
penjaja peN- +
sintesis ®
pensintesis
peN- +
syarah ® pensyarah peN-
+ swasta ® penswasta
· Awalan peN-
menjadi awalan peng- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang bermula
dengan huruf g, h, kh, a, e, i, o, dan u serta kata
pinjaman yang bermula dengan huruf k.
Contoh:
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image005.gif)
peN- +
hantar ®
penghantar peN- +
olah ® pengolah
peN- +
khianat ® pengkhianat peN- + ukur ® pengukur
peN- +
atur ® pengatur peN-
+ katalog ® pengkatalog
peN- +
elak ® pengelak peN-
+ kritik ® pengkritik
· Awalan peN-
menjadi awalan penge- apabila diimbuhkan pada kata dasar yang
mempunyai satu suku kata sahaja.
Contoh:
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image010.gif)
peN- + cat ® pengecat peN-
+ pam ® pengepam
· Awalan peN- bertukar kepadai awalan pel-
apabila diimbuhkan pada kata dasar ‘ajar’; ini merupakan bentuk
kecualian.
peN-
+ ajar ®
pelajar
Awalan
‘pe-’
(a) Perkembangan
dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-.
(b) Awalan
pe- diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan pada bunyi
awal kata dasar itu.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1 Orang atau benda yang mengalami sesuatu
perbuatan atau keadaan
Contoh: pesakit, pesuruh, petinju,
dan sebagainya
|
1 Di wad kanser, terdapat
2 Pengurus meminta pesuruh itu
menyediakan minuman.
3 Muhamad Ali
petinju
yang terkenal.
|
2 Orang yang
melakukan kerja
Contoh: pekedai, peniaga, pesawah,
dan sebagainya
|
1 Dia membeli
barang daripada pekedai runcit itu.
2 Bapa saya peniaga pakaian di pasar raya itu.
3 Pak Haji bekerja sebagai pesawah padi.
|
INFO
BAHASA
· Awalan
pe- berbeza daripada awalan peN- dari segi kata terbitan yang
terbentuk.
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image011.gif)
pe- +
sakit ®
pesakit (peN- +
sakit ®
penyakit)
pe- +
suruh ®
pesuruh (peN- + suruh ®
penyuruh)
pe- +
tinju ®
petinju (peN- + tinju
® peninju)
pe- +
tanda ®
petanda (peN- + tanda ®
penanda)
Awalan ‘peR-’
Hanya terdapat satu bentuk awalan peR-, iaitu per-.
Jumlah kata terbitan dengan awalan peR- agak terhad.
Maknanya
|
Ayat Contoh
|
1
Orang yang melakukan kerja
Contoh: perburu, pertapa
|
1 Babi hutan itu ditembak mati oleh perburu
itu.
2 Mereka bertemu dengan seorang pertapa
di kaki gunung itu.
|
2
Alat atau tempat
Contoh: perasap, perbara
|
1 Dia meletakkan kemenyan di dalam perasap.
2 Ragu membersihkan perbara itu
selepas menggunakannya.
|
Awalan
‘se-’
Penggunaan: Membentuk kata sendi, kata hubung, kata
bilangan dan penjodoh bilangan.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Satu
Contoh: sebuah, sebiji, seekor,
seorang,
sebatang
|
1. Ayah ke laut bebekalkan sebuku
roti dan
sebotol air.
2. Adik memakai sepasang
anting-anting
berlian.
|
2.
Sama
Contoh:
sebangsa, seagama, setaraf, sepadan
|
1.
Pasangan mempelai itu tidak sepadan.
2. Mereka berdua seagama.
|
3.
Sama-sama
Contoh:
senegeri, seasrama, sekampung,
serumah
|
1. Karim dan Abu tinggal serumah.
2. Pelajar-pelajar lelaki itu
tinggal seasrama.
|
4. Seluruh
Contoh: sekeluarga, se-Malaysia,
sedunia
|
1. Masyarakat sedunia
menangisi kematian
mengejut negarawan yang mashyur itu.
2. Mereka sekeluarga
ke Morib untuk berkelah.
|
5. Sama dengan
Contoh: seberat, segemuk,
secantik, sekaya
|
1. Latif tidak setinggi
Busu.
2. Ramlah tidak segemuk
Siti.
|
6.
Masa/waktu
Contoh:
setelah, sebelum, sesudah
|
1. Sesudah
dikukur, kelapa itu perlu diperah
untuk mendapatkan santannya.
2. Setelah
selesai makan minum mereka pun
pulang ke asrama.
|
INFO BAHASA
Awalan se- yang digabungkan dengan kata
adjektif menyatakan makna sama dengan.
Oleh itu, dalam binaan ayat, kata sendi tidak boleh digunakan selepas kata
adjektif yang berimbuhan se-.
Contoh:
(a) Rahman tidak sekacak dengan abangnya.
(X)
(b) Rahman tidak sekacak abangnya. (√)
Awalan ‘teR-’
(ter-, te-)
Penggunaan:
1. Membentuk kata kerja tak transitif
2. Membentuk kata adjektif
3. Membentuk kata kerja pasif
4. Membentuk kata sendi
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Tidak sengaja atau secara
tiba-tiba
Contoh: terpijak, tersepak,
tertikam, terpicit,
terbunuh
|
1. Askar yang sedang
beroperasi di dalam hutan
itu terpijak jerangkap samar.
2. Kassim terbunuh
dalam kemalangan jalan
raya baru-baru ini.
|
2. Keadaan yang berterusan
Contoh: tertanya-tanya,
terbayang-bayang,
teringat-ingat, terfikir-fikir
|
1. Manisah tertanya-tanya akan maksud kata-
kata pemuda yang kacak itu.
2.
Junaidah terfikir-fikir akan zaman silamnya.
|
3. Paling
Contoh: tercantik, terkecil, termasyhur,
terindah
|
1.
Tempayan yang terkecil itu dibelinya dengan
harga yang agak tinggi.
2.
Raja yang termasyhur itu telah mangkat.
|
4. Keupayaan
Contoh:
terbuang, terangkat, terdaki,
terbayar,
tercapai
|
1. Dali tidak terdaki
bukit yang tinggi itu.
2. Aminah terangkat kampit beras yang besar
itu.
|
INFO BAHASA
Awalan teR- yang
digabungkan dengan kata adjektif tidak dapat berfungsi sebagai predikat ayat.
Contoh:
(a) Hasbi tergemuk di dalam
kelasnya. (X)
(b) Hasbi paling gemuk di dalam
kelanya. (√)
Apabila awalan teR-
digabungkan pada kata dasar yang suku kata pertamanya berakhir dengan ‘-er-’, huruf r dalam teR- tidak digugurkan.
Contoh:
ter- + sergam = tersergam
ter- + perlus = terperlus
Apabiala
kata dasar yang bermuladengan huruf r bergabung dengan awalan teR-, satu
daripada r akan digugurkan
Contoh:
ter- + rasa = terasa
ter- + rancang = terancang
Imbuhan Awalan Rangkap
Awalan rangkap ‘dipeR-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja pasif diri ketiga
daripada kata kerja transitif yang berawalan
memper-.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Dijadikan seperti
Contoh: diperalatkan, diperkuda,
diperbudak
|
1. Mereka tidak suka diperhamba
begitu.
2. Mahmud diperkuda
oleh majikannya sendiri.
|
2. Dijadikan lebih atau bertambah
Contoh:
diperkuat, diperkecil, diperluas diperbesar
|
1. Jalan raya itu akan diperlebar
untuk
kemudahan orang ramai.
2. Jambatan yang besar itu
akan diperbesar
tidak lama lagi.
|
3. Terdapat sesuatu
Contoh:
diperoleh
|
Kejayaan yang diperoleh Aminah sangat menggembirakan
ibu bapanya.
|
INFO BAHASA
Dalam binaan ayat, awalan
rangkap ‘dipeR-’ yang
disertai kata adjektif tidak perlu diimbuhkan dengan akhiran ‘-kan ’ Contoh:
diperluaskan (X) diperluas
(√)
diperbesarkan (X) diperbesar
(√)
Awalan
rangkap ‘mempeR-’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif aktif
apabila digabungkan dengan kata
nama,
kata adjektif, kata bilangan dan kata sendi nama.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Menjadi seperti
Contoh: memperkudakan,
memperalatkan,
memperbudakkan
|
1. Saya tidak suka akan
sikapnya
memperbudakkan orang lain.
2.
“Kamu jangan cuba memperalatkan saya,”
kata Jamil kepada
Yunus.
|
2. Menjadikan lebih
Contoh:
memperkecil, mempertinggi, memperluas, memperindah
|
1. Pak Dollah memperluas
tanaman kelapa sawit bagi
meningkatkan keuntungannya.
2.
Kami cuba memperkecil saiz pondok itu
supaya kelihatan
lebih molek.
|
3. Mendapat sesuatu
Contoh: memperoleh
|
1. Mary memperoleh
markah yang paling tinggi
dalam ujian itu.
2.
Kami memperoleh bantuan makanan daripada orang asli ketika kami sesat di dalam
hutan.
|
INFO BAHASA
Dalam
binaan ayat kata kerja transitif memperoleh
tidak perlu ditambah akhiran -i.
Contoh:
memperolehi (X) memperoleh
(√)
Dalam binaan ayat, kata
terbitan yang kata dasarnya terdiri daripada kata adjektif tidak boleh disertai
akhiran -kan
apabila menggunakan awalan rangkap ‘memper-’.
Contoh:
memperluaskan (X) memperluas
(√)
memperindahkan (X) memperindah
(√)
Imbuhan Akhiran
Akhiran
‘–an’
Penggunaan: Membentuk kata nama terbitan daripada kata
adjektif, kata kerja dan kata nama.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Alat/perkakas
Contoh: kukuran, ayakan, ampangan
|
1. Ayakan itu telah
berkarat.
2. Kukuran itu
tersimpan di dalam almari.
|
2. Tempat
Contoh: lapangan, bangunan, hentian
|
1. Mereka berkumpul di Hentian
Puduraya.
2. Bangunan usang itu
telah pun dirobohkan.
|
3.
Hasil perbuatan
Contoh: hidangan, masakan,
minuman, larian
|
1. Hidangan
itu istimewa sekali.
2. Minuman
panas itu menjadi sejuk setelah
lama dibiarkan.
|
4.
Banyak/luas/besar
Contoh:
lautan, daratan, himpunan, banjaran
|
1.
Datuk Azhar Mansor akhirnya berjaya
meredah lautan yang luas itu.
2.
Keindahan hutan di Banjaran Titiwangsa sukar digambarkan dengan kata-kata.
|
5. Benda tiruan
Contoh: anak-anakan, orang-orangan
|
1. Anak-anakan itu
berbeza daripada yang lain.
2. Orang-orangan
banyak terdapat di kawasan
sawah padi.
|
6. Pelbagai jenis
Contoh: buah-buahan,
sayur-sayuran, bunga-
bungaan, biji-bijian
|
1. Tanam-tanaman itu
sungguh menjadi.
2. Kawasan itu dipenuhi daun-daunan
yang
menghijau.
|
7. Tiap-tiap/setiap
Contoh: bulanan, mingguan, tahunan
|
1. Majalah bulanan itu
sungguh laris jualannya.
2.
Pendapatan tahunannya tidak sampai RM12,000.
|
8.
Benda/bahan
Contoh:
manisan, asinan
|
1. Manisan
lebah itu bukan yang asli.
2. Asinan
itu dibuat daripada campuran bahan
yang bermutu.
|
INFO BAHASA
Akhiran -an yang
membentuk kata bilangan himpunan membawa makna beberapa. Oleh itu, dalam binaan
ayat, kata bilangan himpunan ini tidak boleh disertai kata bilangan yang lain.
Contoh:
(a) Pembentukan padang
pasir itu mengambil masa beberapa ribuan
tahun. (X)·
(b) Pembentukan
padang pasir
itu mengambil masa ribuan tahun. (√)·
Dalam penulisan, akhiran -an yang digabungkan dengan
angka mesti dijarakkan dan dibubuh tanda sempang (-).
Contoh: Tahun 60-an Tahun
90-an
Akhiran
‘–i’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
|
1. Menjadikan/menyebabkan
jadi
Contoh: akhiri, sakiti, baiki
|
1. “Jangan sakiti hati
ibumu itu, Zaki,” kata
Lebai Dollah.
2. “
Cikgu Zainab.
|
2. Menerangkan unsur
tempat/sesuatu
Contoh: dekati, masuki, naiki
|
1.
“Jangan dekati orang yang kurang siuman itu,
Ramli,” kata Dol.
2.
“Sudah kamu masuki rumah kosong itu,
|
Akhiran
‘-kan ’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Menjadikan/menyebabkan
jadi
Contoh: kecilkan, matikan, padamkan,
gosokkan, balutkan
|
1.
“Kecilkan api itu, Swee
Anita.
2.
“Matikan enjin kereta itu,” kata
kepada Rosdi.
|
2. Melakukan perbuatan
Contoh: buangkan, ubahkan,
alihkan,
pamerkan, catkan, kilatkan
|
1. “Lapkan meja ini,
Sonia,” kata Munir.
2. “Tuangkan air
minuman itu ke dalam gelas,
Ani,” kata Kamala.
|
Imbuhan Apitan
Imbuhan
apitan ‘beR-…-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Perbuatan berbalas-balas
Contoh: bercakar-cakaran, bergelut-gelutan,
·
bertarik-tarikan
|
1. Mereka bercakar-cakaran
sesama sendiri.
2. Mereka berdakap-dakapan
di khalayak ramai.
|
·
2.
Perbuatan berterusan
·
Contoh:
berkibaran, berguguran, berdebaran
·
|
·
1.
Bendera itu tidak kelihatan berkibaran lagi.
·
2.
Air matanya bercucuran.
|
·
3.
Menunjukkan banyak yang berbuat
·
Contoh:
beterbangan, berlarian, berciciran,
·
bergayutan
|
·
1. Orang pelarian itu berlarian untuk
·
mendapatkan bekalan makanan.
·
2.
Kertas-kertas itu berterbangan di atas jalan
·
raya.
|
·
4.
Masa yang panjang
·
Contoh:
berlarutan
|
·
1.
Perbincangan mereka berlarutan hingga pagi.
·
2.
Perlawanan tinju itu berlarutan hingga
·
pusingan kedua
belas.
|
·
5. Menunjukkan keadaan/kedudukan
·
Contoh:
berasingan, berdekatan,
·
berhampiran, berjauhan
|
·
1. Mereka tinggal berjauhan.
·
2. Rumahnya berhampiran
dengan
·
sekolah.
|
·
·
·
Imbuhan apitan beR-…-kan’
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja tak transitif
yang memerlukan pelengkap.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Menggunakan sebagai
·
Contoh: berpandukan, berdasarkan,
·
beralaskan, berbajukan
|
·
1. Dia tidur beralaskan
lengan.
·
2. Mereka menjelajah hutan berpandukan
·
kompas dan peta.
|
·
2.
Dengan/kepada
·
Contoh: bersuamikan, beristerikan,
·
bermenantukan
|
·
1.
Haji Awang berbesankan orang kaya.
·
2. Karim beristerikan
seorang ustazah.
|
·
·
INFO BAHASA
·
Imbuhan ‘kan ’ pada kata yang berapitan ‘ber-…-kan’ dapat mewakili kata
sendi seperti akan, dengan,
pada, dan tentang.
Oleh itu, kata sendi nama tidak boleh digunakan selepas kata yang berapitan ‘ber-…-kan’.
·
Contoh:
·
1. (a) Mereka
mencari gua batu itu berdasarkan pada peta. (X)
·
(b) Mereka
mencari gua batu itu berdasarkan peta. (√)
·
2. (a) Abu bertanyakan
tentang jawapan kepada soalan itu. (X)
·
(b) Abu bertanyakan
jawapan kepada soalan itu. (√)
·
·
·
Imbuhan
apitan ‘ke-…-an’
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata
terbitan.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Tempat
·
Contoh: kementerian, kedutaan, kediaman
|
·
1. Menteri Besar itu tidak tinggal di kediaman
·
rasmi beliau.
·
2. Abangnya bekerja di Kedutaan Jepun.
|
·
2. Keadaan/hal
·
Contoh: kemajuan, kemunduran, keputusan
|
·
1. Kepandaiannya bermain piano sukar untuk
·
ditandingi.
·
2. Keputusan peperiksaan itu amat mengecewa-
·
kan.
|
·
3. Bersifat/menyerupai sesuatu
·
Contoh: kemelayuan, keinggerisan, keanak-
·
anakan
|
·
1. Sifat kemelayuannya jelas kelihatan.
·
2. Perangainya masih keanak-anakan.
|
·
4. Hasil perbuatan
·
Contoh: kemiskinan, kekayaan, kemusnahan,
·
kehancuran
|
·
1. Kemusnahan akibat
peperangan itu amat
·
teruk.
·
2. Mereka hidup dalam kemiskinan.
|
·
·
·
·
Imbuhan
meN-…-i (me-…-i, mem-…-i, men-…-i, meng-…-i,
menge-…-i)
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja terbitan yang
bersifat transitif.
·
·
Makna
|
·
Ayat Contoh
|
·
1. Menunjukkan makna menjadi
·
Contoh: menghitami,
membanjiri,
·
menghakimi, mengetuai
|
·
1. Mereka menghitami
dinding itu dengan cat.
·
2. Orang ramai membanjiri
stadium itu untuk
·
menyaksikan perlawanan tenis.
|
·
2. Memberikan sesuatu
·
Contoh:
menghadiahi, mengirimi,
·
menganugerahi
|
·
1.
·
poskad.
·
2.
Kamsani menghadiahi ibunya seutas rantai
·
emas.
|
·
3.
Melalui/mengalami
·
Contoh:
menembusi, menghargai,
·
mencemburui,
mencintai
|
·
1.
Suami tua itu mencemburui isterinya yang
·
muda jelita itu.
·
2.
Dia tidak tahu menghargai pemberian orang.
|
·
4. Melakukan sesuatu
perbuatan
·
Contoh:
menzalimi, mengasari, mengerasi,
·
membengisi
|
·
1.
Pemuda itu cuba mengasari Ahmad.
·
2. Kamal suka menzalimi binatang.
|
·
5. Menjadikan sesuatu keadaan
·
Contoh:
mengubati, mengotori, membaiki,
·
menghiasi
|
·
1. Kakak gemar menghiasi bilik
tidurnya.
·
2. Doktor itu
|
·
6.
Meniadakan sesuatu
·
Contoh:
membului, menguliti, merumputi
|
·
1.
Suhaimi menebasi rumput di halaman
·
rumahnya itu.
·
2.
Orang-orang kampung bergotong-royong
·
menguliti lembu korban itu.
|
·
·
·
·
INFO BAHASA
·
Akhiran
-i pada kata yang berapitan ‘men-…-i’ berfungsi untuk menggantikan kata sendi seperti akan, atas, dengan, di, ke, kepada,
tentang, dan terhadap.
Oleh itu, kata sendi nama tidak perlu diletakkan selepas kata kerja tak
transitif yang berapitan ‘meN-…-i’.
·
Contoh:
·
1. (a) Aminah enggan mengakui akan
kesilapannya itu. (X)
·
(b) Aminah enggan mengakui kesilapannya
itu. (√)
·
2 (a) Farouk suka menzalimi akan kucingnya
itu. (X)
·
(b) Farouk suka menzalimi kucingnya itu. (√)
Imbuhan
apitan ‘meN-…-kan’ (me-…-kan,
mem-…-kan, men-…-kan, meng-…-kan, menge-…-kan)
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif.
Makna
|
Ayat Contoh
|
1. Melakukan sesuatu
Contoh: membersihkan,
mengemaskan,
menyelenggarakan
|
1. Kerja-kerja menyelenggarakan
bangunan itu
dilakukannya sendiri.
2.
Hanif mengaturkan pasu-pasu ibunya itu
mengikut saiznya.
|
2. Melakukan sesuatu untuk orang
lain.
Contoh: membelikan, mencarikan,
membuatkan
|
1. Nasir membelikan
tunangnya sepasang kasut
baru.
2. Joned membuatkan
ibu sebuah rumah yang
cantik dan selesa.
|
3. Menganggap sesuatu
sebagaimana kata dasar
Contoh:
mengagungkan, membenarkan,
merelakan
|
1. Kadir membenarkan
kami menyertai
rombongan itu.
2. Puan Saodah merelakan
pemergian anak
kesayangannya itu.
|
4. Menjadikan objek sebagai
Contoh:
mencalonkan, merajakan,
mengusulkan, mengorbankan
|
1.
sebagai ketua pengawas sekolah.
2. Mereka telah mengusulkan
cadangan itu
berkali-kali.
|
5.
Memasukkan sesuatu benda ke dalam sesuatu
tempat
Contoh: menguburkan, membenamkan,
memenjarakan, merebankan
|
1. Nenek Halimah sedang merebankan anak-
anak ayamnya itu.
2. Orang-orang kampung menguburkan mangsa-
·
mangsa kemalangan itu dalam satu liang
·
lahad sahaja.
|
6. Membawa objek ke tempat
Contoh: mendaratkan, mengetepikan,
menyeberangkan
|
1.
Nelayan itu berjaya mendaratkan seekor anak
ikan paus.
2.
Abang mengetepikan keretanya supaya tidak
menghalang kenderaan lain untuk lalu di
jalan itu.
|
INFO BAHASA
Akhiran -kan pada kata
yang berapitan ‘meN-…-kan’
dapat berfungsi sebagai ganti kata sendi akan
yang menyertai kata adjektif. Oleh itu, kata sendi tidak boleh
diletakkan selepas kata yang berapitan ‘meN-…-kan’.
Contoh:
1. (a)
Liza membelikan akan ibunya sepasang subang. (X)
(b) Liza membelikan ibunya sepasang subang.
(√)
2. (a) Pengawal itu tidak membenarkan akan
kami masuk. (X)
(b) Pengawal itu tidak membenarkan kami
masuk. (√)
Imbuhan apitan ‘peN-…-an’ (pe-…-an,
pem-…-an, pen-…-an, peng-…-an, penge-…-an, pel-…-an)
Penggunaan:
Untuk membentuk kata nama terbitan
Maknanya
|
Ayat Contoh
|
1 Proses mengerjakan perbuatan yang
terkandung dalam kata dasar
Contoh: pembesaran, pemeriksaan,
pembersihan, penyatuan, penukaran, dan sebagainya
|
1 Kerja-kerja pembesaran balai raya
itu akan bermula esok.
2 Jabatan Pengangkutan Jalan melakukan pemeriksaan terhadap bas persiaran.
|
2
Tempat melakukan sesuatu
Contoh: penginapan,
penggantungan, pelabuhan, dan sebagainya
|
1 Dia mengurus penginapan rombongan pelancong itu.
2 Kayu balak itu dihantar ke pelabuhan untuk dieksport.
|
Imbuhan apitan ‘pe-...-an’
(a) Perkembangan
dalam bahasa Melayu mewujudkan imbuhan awalan pe-...-an.
(b) Apitan
pe-...-an diimbuhkan pada kata dasar tanpa melibatkan perubahan huruf
awal kata dasar itu.
(c) Jumlah
kata terbitan dengan apitan pe-...-an agak terhad.
Maknanya
|
Ayat Contoh
|
1 Tempat sesuatu kerja dilakukan atau
tempat yang khusus
Contoh: petempatan, pekarangan,
pedalaman dan sebagainya
|
1 Kawasan hutan itu diterangkan untuk membina
petempatan.
2 Majlis
kenduri itu diadakan di pekarangan rumahnya.
|
2 Hal keadaan yang terkandung dalam kata
dasar
Contoh: peperiksaan, peperangan
|
1 Rebutan kawasan minyak mengakibatkan peperangan antara kedua-dua buah
negara itu.
2 Gopal membuat persediaan untuk menghadapi peperiksaan PMR.
|
INFO
BAHASA
Awalan
pe-...-an berbeza daripada awalan peN-...-an dari segi kata
terbitan yang terbentuk.
![](file:///C:/Users/user1/AppData/Local/Temp/msohtmlclip1/01/clip_image012.gif)
pe- +
periksa + -an ® peperiksaan
*(peN- +
periksa + -an) ® pemeriksaan
pe- +
dalam + -an ® pedalaman
*(peN- + dalam + -an) ® pendalaman
pe- +
tempat + -an ®
petempatan
*(peN- + tempat + -an) ®
penempatan
Imbuhan apitan ‘peR-...-an’
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama
terbitan
Maknanya
|
Ayat Contoh
|
1 Tempat
Contoh: perkampungan, perkuburan,
perumahan, dan sebagainya
|
1 Pengembara
itu bermalam di sebuah perkampungan
di hulu sungai.
2 Kegiatan gotong-royong akan dijalankan oleh
penduduk kawasan perumahan itu.
|
2
Hal yang berkaitan dengan kata dasar
Contoh:
perbarisan, persamaan, pertubuhan, dan sebagainya
|
1 Murid-murid yang menyertai perbarisan
Hari Sukan berlatih setiap hari.
2 Penjaja-penjaja membentuk pertubuhan untuk memperjuangkan hak
mereka.
|
INFO
BAHASA
· Apabila apitan peR-...-an bergabungan
dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, satu daripada
huruf r itu digugurkan.
Contoh:
peR- + rumah + -an ®
perumahan
peR- + rusuh + -an ®
perusuhan
Imbuhan apitan ‘mempeR-...-i’
(a) Apitan mempeR-...-i tidak produktif
dan kata dasar yang dapat bergabung dengan apitan ini amat terhad.
(b) Setakat ini, hanya ada empat bentuk yang
wajar dianggap sebagai kata kerja yang terbentuk oleh apitan mempeR-...-i,
iaitu memperisteri, mempersuami, memperkawani, dan memperingati.
Maknanya
|
Ayat Contoh
|
1 Menjadikan
|
1 Datuk Kassim memperisteri
biduanita yang terkenal itu.
2 Kita tidak harus memperkawani orang-orang yang tidak berakhlak baik.
3 Tugu Negara dibina untuk memperingati
jasa pahlawan yang berkorban demi negara.
|
INFO
BAHASA
· Bentuk
“memperisteri” dan “mempersuami” sebenarnya berbentuk memperisterii
dan mempersuamii setelah menerima apitan mempeR-...-i.
Salah satu huruf i telah digugurkan.
Imbuhan apitan ‘mempeR-...-kan’
Penggunaan: Untuk membentuk kata kerja transitif
Maknanya
|
Ayat Contoh
|
1 Menjadikan atau menyebabkan
Contoh: mempertemukan,
memperhambakan, mempersuami-kan, dan
sebagainya
|
1 Pihak polis mempertemukan
gadis itu dengan ibu bapanya.
2 Encik Goh mempersuamikan anak
perempuannya dengan jejaka itu.
|
2 menyebabkan orang lain melakukan perbuatan
yang terkandung dalam kata dasar
Contoh: memperdengarkan,
mempersembahkan, dan sebagainya
|
1 Siti Nurhaliza memperdengarkan lagu
terbarunya dalam konsert itu.
2
|
INFO
BAHASA
· Kata adjektif hanya bergabung dengan awalan
mempeR- dan tidak bergabung dengan apitan mempeR-...-kan. Oleh
itu, pastikan kamu menggunakan imbuhan yang betul untuk kata adjektif.
Contoh:
memperlebar ( √ ) memperbesar ( √ )
memperlebarkan
( X ) memperbesarkan ( X )
·
·
·
·
·
·
Imbuhan Sisipan
·
·
Imbuhan sisipan -el-, -em-, -er-
·
Penggunaan: Untuk membentuk kata nama, kata kerja dan
kata adjektif.
·
Maknanya: Sesuatu yang mempunyai ciri yang
sama dengan kata dasar.
·
Contoh:
·
·
Imbuhan sisipan
·
-el-
|
·
Imbuhan sisipan
·
-em-
|
·
Imbuhan sisipan
·
-er-
|
·
gelanggang
·
kelangkang
·
selenggara
·
telapak
·
telunjuk
|
·
gemilang
·
gemuruh
·
kemuning
·
semerbak
·
temali
|
·
ceracak
·
gerigi
·
kerontang
·
serabut
·
seruling
|
·
Imbuhan Pinjaman
Imbuhan pinjaman
atau imbuhan asing ialah imbuhan yang dipinjam daripada imbuhan Sanskrit,
imbuhan Arab, dan imbuhan Inggeris. Imbuhan ini diguna dan diterima pakai dalam
bahasa Melayu baku.
Yang berikut
ialah imbuhan pinjaman yang digunakan dalam bahasa Melayu baku:-
Bentuk
|
Imbuhan Sanskrit
|
Imbuhan Inggeris
|
Imbuhan Arab
|
Awalan
|
dasa-
dwi-
eka-
juru-
maha-
panca-
pra-
tata-
tri-
|
anti-
auto-
mano-
poli-
pro-
sub-
|
bi-
|
Akhiran
|
-ita
-man
-wan
-wati
|
-ah
-at
-iah
-in
-wi/-i
|
Perhatikan
penerangan di bawah ini.
Imbuhan Inggeris
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
anti-
|
menentang/benci
|
antisosial,
antikerajaan, antidadah, antisorok, antirokok, antibodi, antirasuah,
antikomunis, antiperang, antipenjajah, antikeganasan
|
auto-
|
dengan sendirinya
|
automobil,
autogear, automatik, autograf, autonomi
|
poli-
|
banyak
|
poligami, poligon, poliklinik, politeknik,
poligram, poliglot
|
pro-
|
menyokong/menyebelahi
|
prokomunis,
prokerajaan, prososialis, proaktif, prodemokratik
|
sub-
|
sebahagian/bahagian-bahagian yang kecil
atau di bawah
|
subtajuk,
subbidang, subkelas, substandard, subsistem, subgolongan, subtopik
|
Contoh
penggunaan dalam ayat:
1 Kempen antidadah itu
dirasmikan oleh Menteri Kesihatan.
2 Negara itu mengamalkan
dasar antikomunis.
3 Tibet
mendapat kuasa autonomi daripada negara China .
4 Proses pemasangan kereta
dilakukan secara automatik oleh
robot.
5 Dasar poligami itu ditentang oleh kaum wanita.
6 Perarakan itu dianjurkan
oleh pihak yang prokerajaan.
7 Jambatan yang runtuh itu
didapati menggunakan bahan yang substandard.
8 Dalam bab kelima, terdapat
lapan subtopik yang berlainan.
Imbuhan Sanskrit
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
dasa-
|
sepuluh
|
dasawarsa, dasalumba
|
dwi-
|
dua
|
dwibahasa,
dwihala, dwibulanan, dwicembung, dwijantina, dwicekung, dwitahunan, dwisuku,
dwiwarna, dwikata, dwimusim
|
eka-
|
satu
|
ekahala,
ekabahasa, ekawarna, ekafungsi, ekasuku, ekatujuan, ekapaksi
|
juru-
|
orang yang mahir dalam sesuatu bidang
pekerjaan
|
jurubahasa,
juruhebah, jururawat, jurucakap, jurumudi, juruulas, jurujual, jurusolek,
juruterbang, jurutera, juruteknik, juruselam
|
maha-
|
agung/besar
|
mahasiswa,
mahasiswi, maharaja, maharani, mahaguru, maharesi, maha Esa, maha mulia
|
panca-
|
pancaragam, pancasila, panca delima, pancaroda,
pancalogam, pancawarna, pancapersada, pancaindera, pancalumba
|
|
pra-
|
sebelum
|
prakata,
prasangka, prasejarah, prasekolah, praujian, prauniversiti, prasarana
|
tata-
|
sesudah/peraturan
|
tatabahasa,
tatacara, tatatertib, tatanegara, tatarakyat, tatausaha, tatasusila
|
tri-
|
tiga
|
tricabang,
triwarna, tricara, trisuku, triwulan, tribahasa, trijudul, tripenggal,
trimakna, trihala
|
-ita
|
wanita/perempuan
|
biduanita, posnita, pranita
|
-man
|
orang
yang memilik sifat/orang yang mahir dalam sesuatu bidang
|
seniman, budiman
|
-wan
|
Pemilik sesuatu benda
2Pemilik sesuatu sifat 3. Orang yang mahir dalam sesuatu bidang 4. Orang yang melakukan sesuatu perbuatan |
karyawan,
jutawan, wartawan, negarawan, sasterawan, sukarelawan, olahragawan, biarawan,
cendekiawan, dermawan, bangsawan, angkasawan
|
-wati
|
Perempuan yang mahir/pakar
dalam sesuatu bidang
|
seniwati,
peragawati, olahragawati, sukarelawati
|
Contoh
penggunaan dalam ayat:
1.
Jalan dwihala itu akan ditukar menjadi jalan ekahala sahaja.
2.
Tatatertib di jalan raya mestilah dipatuhi agar kemalangan dapat
dielakkan.
3.
Sudah hampir triwulan ibunya menghidapi penyakit barah perut itu.
4.
Anak jutawan itu telah diculik pada awal pagi kelmarin.
5.
Peragawati itu sedang memperagakan pakaian fesyen baru keluaran
Butik Faizal.
6.
Seniman terkenal Jins Shamsuddin dilahirkan di Perak.
7.
Jurujual itu pandai memperdayakan pelanggannya.
8.
Prakata buku sejarah itu ditulis oleh pengarangnya sendiri.
Imbuhan Arab
Imbuhan
|
Makna
|
Contoh
|
bi-
|
tidak
|
biadab, bilazim
|
-ah
|
wanita/perempuan
|
qariah, ustazah
|
-at
|
orang perempuan/wanita
|
hadirat, muslimat
|
-iah
|
perkara/hal yang berkaitan
dengan sifat
|
jahiliah,
hurufiah, ilmiah, jasmaniah, rohaniah, alamiah, batiniah
|
-in
|
orang lelaki
|
hadirin, muslimin, musyrikin
|
Contoh
penggunaan dalam ayat:
1.
Murid yang biadab itu telah diberi kaunseling.
2.
Ustazah Zubaidah mengajar kami cara-cara melakukan ibadah solat.
3.
Pada zaman jahiliah, kaum wanita sering ditindas oleh kaum
lelaki.
4.
Hadirin berdiri sewaktu tetamu kehormat itu masuk ke dalam dewan.
5.
Kaum muslimat diwajibkan memakai pakaian yang menutup aurat.
INFO BAHASA
Dalam penulisan atau binaan
ayat, imbuhan asing maha- mesti
ditulis serangkai dengan kata dasar sekiranya kata dasar tersebut terdiri
daripada kata nama.
Contoh:
1. maha + guru = mahaguru
2. maha + siswa = mahasiswa
3. maha + rani = mahara
Dalam penulisan atau binaan
ayat, imbuhan asing maha-
mestilah ditjarakkan daripada kata dasar sekiranya kata
dasar tersebut terdiri
daripada kata adjektif.
Contoh:
1. Maha + Esa = Maha
Esa
2. Maha + Mulia = Maha
Mulia
3. Maha + Besar = Maha
Besar
·
Dalam penulisan atau binaan
ayat, imbuhan asing anti- dan
pro- yang diikuti oleh kata
nama khas mestilah dijarakkan daripada kata itu dan diletakkan tanda sempang (-)
di antaranya.
Contoh:
1. anti + Amerika = anti-Amerika
2. anti + Jepun = anti-Jepun
3. pro + Malaysia = pro-Malaysia
4. pro + Korea =
pro-Korea
BAHAN INI ADALAH DARI CD IDEAL BAHASA MELAYU TERBITAN PEARSON MALAYSIA SDN BHD.
BalasPadamMenarik,berfaedah dan dapat menambah pengetahuan...
BalasPadam