SKRIP
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SK
TELUK BULOH KALI KE 27-2012
DISEDIAKAN OLEH
Pn. Ruziah bt Sudin@Samsudin
TARIKH : 5-10-2012
HARI : JUMAAT
MASA : 8.00 PAGI– 5.00 PTG
UPACARA PEMBUKAAN
Assalamualaikum
w.b.r serta salam 1Malaysia.
Yang berbahagia
TUAN HAJI ATAN BIN SAMPOL- KETUA KAMPUNG TELUK BULOH
Yang Berusaha
tuan guru besar SK Teluk Buloh- Tn Hj Ahmad Rofee b. Saring
Yang Berusaha
Yang DiPertua PIBG SK Teluk Buloh-Encik Kamarjaman bin Mijek
Guru-guru Kanan
SK Teluk Buloh
Ahli
Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Tahunan
Pegawai-pegawai
kejohanan
Guru-guru, ibu
bapa dan murid-murid.
Alhamdulillah
dengan izin Allah kita berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Kejohanan
Olahraga Tahunan kali ke 27
Majlis pagi ini
dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen-kontijen yang akan didahului oleh
Ketua Kontijen Kejohanan Adik Khairul Ikhwan b. Abd. Aziz, pembawa-pembawa
bendera kejohanan, pasukan unit-unit beruniform serta kontijen rumah sukan.
Majlis dengan
ini menjemput , Yang Berusaha TUAN GURU BESAR SK TELUK BULOH, TN HAJI AHMAD
ROFEE BIN SARING untuk mengiringi
Yang Berusaha KETUA
KAMPUNG TELUK BULOH – TUAN HJI ATAN BIN SAMPOL
Untuk menerima
tabik hormat. Dipersilakan.
……………..Lagu
marching…………………..
1.KONTIJEN PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN
Tuan-tuan dan
puan-puan
Akan membuat
lintas hormat di hadapan khemah tetamu sebentar lagi ialah seramai 6 orang pembawa
bendera kejohanan diketuai oleh ketua kontijen, adik Khairul Ikhwan b. Abd Aziz
diikuti oleh Pasukan Pengakap , Pasukan Tunas
Kadet Remaja Sekolah(TKRS) dan Pasukan Puteri
Islam.
2.KONTIJEN HIJAU
Seterusnya akan
membuat lintas hormat ialah kontijen
Rumah ……HIJAU atau ZUHAL
diketuai oleh Mohd
Zafir b. Mohd Yazik dengan ahli seramai
67 orang. MENGHAYUN TANGAN DAN MELANGKAH GAGAH- cogan kata mereka 1 TEKAD 1
JUARA
3.KONTIJEN BIRU
Kontijen
seterusnya ialah
Rumah BIRU atau
PLUTO
Diketuai oleh MOHD
DANIEL HAKIMI B. MOHD. Dengan ahli seramai 68 orang. ……SENTIASA BERSEDIA DAN
BERSEMANGAT WAJA- cogan kata mereka
……KORANG
TENGOK, KORANG TAKUT
3.KONTIJEN
KUNING
Akan melintasi
khemah tetamu ialah kontijen seterusnya
Rumah KUNING atau
KEJORA
Diketuai
oleh …MOHD FAFIZ BIN NORHISHAM SHAH.
Dengan ahli seramai 65 orang. ………………………………….
SENTIASA SEDIA MENGGEMPUR MUSUH -Cogan kata mereka KUNING JAGUH BELAKA…….
4.KONTIJEN MERAH
Seterusnya INI
DIA kontijen
Rumah MERAH atau UTARID
Diketua
oleh …MOHD AZAMUDIN B. NASRI dengan ahli
seramai 66 orang. …………………………………………… melangkah cekal- berani dengan cogan kata
mereka
…MERAH MEMBARA
SEMANGAT WAJA
5.KONTIJEN PRA SEKOLAH
Tuan-tuan dan
puan-puan seterusnya ialah Kontijen terakhir,terdiri dari seramai 25 orang
kanak-kanak kecil pra sekolah.
Walau kecil
dipandang mata namun kontijen berjiwa besar ini tidak kurang hebatnya dengan Cogan
kata mereka PRA-SEKOLAH BOLEH..!!!!
KETUA KONTIJEN MEMBERI ARAHAN
BARIS …..BERHENTI
Demikian tadi
upacara perbarisan masuk oleh kontijen-kontijen rumah sukan. Majlis dengan ini
mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha …………............
………………………………………………………………………….
kerana sudi menerima tabik hormat.
6.BACAAN DOA
Bagi memberkati
majlis kita pada pagi ini, dengan hormatnya dipersilakan ……….....
Yang berusaha USTAZ
MOHD IZHAR BIN ZAKARIA Untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan ……DRUM……………UP
................TAMAT…………DRUM…………UP
*Majlis
mengucapkan terima kasih kepada atas bacaan doa itu tadi.
7.NYANYIAN
Majlis akan
diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu:
Hadirin diminta
untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan
LAGU
NEGARAKU-LAGU NEGERI PERAK-LAGU SEKOLAH
*Begitulah tadi
nyanyian LAGU NEGARAKU-LAGU NEGERI PERAK-LAGU SEKOLAH. Terima kasih kepada SEMUA
hadirin.
8.UCAPAN YDP PIBG
Majlis
diteruskan dengan mempersilakan YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK
BULOH-EN KAMARJAMAN BIN MIJEK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.
KOMANDER MEMBERI ARAHAN
………baris senang diri…… rehatkan diri…………….
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.
9.UCAPAN PERASMIAN
Seterusnya Majlis
dengan hormatnya mempersilakan TUAN HAJI ATAN BIN SAMPOL, KETUA KAMPUNG TELUK
BULOH
Untuk
menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan kejohanan olahraga tahunan kali
ke-27/2012.Dipersilakan
Majlis merakam
ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha TUAN HAJI ATAN BIN SAMPOL, KETUA
KAMPUNG TELUK BULOH kerana sudi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan
kejohanan.
10.UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN
Tuan-tuan dan
puan-puan, majlis diteruskan dengan upacara menaikan bendera kojohanan.
…………KOMANDER…. BARIS….BARIS………. SEDIA……………..
…………………….DRUM………………….
KOMANDER DAN
6 ORG PEMBAWA BENDERA KE HADAPAN SERENTAK
UNTUK MENAIKAN BENDERA
11.LAFAZ IKRAR
MajliS
diteruskan dengan upacara lafaz ikrar kejohanan. Dengan ini majlis menjemput
adik MOHD SAAD BIN YAAKOB untuk mengetuai bacaan ikrar.Dipersilakan
DRUM 1 …….PEMBAWA BENDERA RUMAH KE HADAPAN
DRUM 2 ……..(UP) LAFAZ IKRAR , BENDERA DITUNDUKKAN
DRUM 3 …….(UP) SELESAI IKRAR, PEMBAWA BENDERA
BERPUSING DAN
BERGERAK MASUK
BARISAN
Demikian tadi
ucapaca lafaz ikrar kejohanan. Majlis mengucapkan terima kasih.
12.PERBARISAN KELUAR
Tuan-tuan dan
puan-puan
Majlis
diteruskan dengan Upacara Perbarisan Keluar oleh kontijen-kontijen ke RUMAH-RUMAH SUKAN.
………..KOMANDER…..BARIS…..DARI KIRI HENTAK KAKI………
BARIS DARI KIRI CEPAT JALAN
LAGU MARC
13.MAKLUMAN
Demikianlah
tadi selesainya upacara perbarisan dan perasmian kejohanan.Sebentar lagi akan
dilangsungkan acara-acara kejohanan, dengan itu diminta kepada semua pegawai
untuk melaporkan diri serta menerima taklimat dari ketua pegawai kejohanan.
14.PENGUMUMAN
Sebentar lagi
acara akan dimulakan. Diminta kepada semua pegawai bertugas untuk mengambil
tempat masing-masing. Terima kasih.
15.ACARA DIMULAKAN
Kejohanan dimulakan
dengan acara ……………………………………………
Diminta kepada
pengurus peserta untuk menyediakan peserta-peserta di tempat permulaan.
16.PENYAMPAIAN HADIAH
Berikut
diumumkan pemenang-pemenang bagi acara …………………………………
Diminta kepada
pengurus peserta untuk menyediakan pemenang-pemenang bagi acara penyampaian
hadiah.
Majlis
diteruskan dengan upacara penyampaian
hadiah.Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar SK
Teluk Buloh mengiringi
Yang Berusaha ……………………………………………………………………………………………………….
Untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada
Yang Berusaha………………………………………………………………………………………………………
Kerana sudi
menyampaian hadiah kepada para pemenang.
&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
%%%%%%%%%%%%%%%%%%
ACARA PETANG
1.PENGUMUMAN
Tuan-tuan dan
puan-puan, acara pada petang ini akan
diteruskan sebentar lagi.Untuk makluman pada hadirin, sebanyak 14 acara
telahpun dilangsungkan pada sebelah pagi manakala sebanyak 23 acara akan
dijalankan pada petang ini.
DIMINTA KEPADA
SEMUA PEGAWAI SUKAN untuk melaporkan diri dan menerima taklimat dari KETUA
PEGAWAI.
Diminta kepada
semua pegawai bertugas untuk mengambil tempat masing-masing KERANA ACARA AKAN
DIJALANKAN SEBENTAR LAGI.Terima kasih.
2.ACARA DIMULAKAN
Kejohanan
dimulakan dengan acara ……………………………………………
Diminta kepada
pengurus peserta untuk menyediakan peserta-peserta di tempat permulaan.
3.PERSEMBAHAN PADANG
Tuan-tuan dan
puan-puan, bagi memeriahkan majlis pada
petang ini apa kata sama-sama kita saksikan
persembahan oleh murid-murid SK Teluk Buloh. Dipersilakan…..
Begitulah tadi
persembahan yang cukup menarik.Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada
murid-murid yang berjaya bersatu dalam satu irama dengan semangat 1
MALAYSIA.Sekali lagi satu tepukan untuk mereka.
@@@@@@@@@@@@@@@
…………ACARA
PEGAWAI…………..
4.PENYAMPAIAN HADIAH
Berikut
diumumkan pemenang-pemenang bagi acara …………………………………
Diminta kepada
pengurus peserta untuk menyediakan pemenang-pemenang bagi acara penyampaian
hadiah.
Majlis
diteruskan dengan upacara penyampaian
hadiah.Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar SK
Teluk Buloh mengiringi
Yang Berusaha ……………………………………………………………………………………………………….
Untuk
menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada
Yang Berusaha………………………………………………………………………………………………………
Kerana sudi
menyampaian hadiah kepada para pemenang.
5.UPACARA PENUTUPAN
Tuan-tuan dan
puan-puan yang dihormati
Demkian lah itu
tadi berakhirnya acara-acara kejohanan olahraga tahunan kali ke-27. Majlis akan
diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah serta piala-piala pusingan.
Sebelum itu diminta kepada semua peserta untuk berkumpul di tengah padang.
MURID-MURID DIPERSILAKAN DUDUK
6.PENYAMPAIAN HADIAH DAN PIALA-PIALA PUSINGAN
Kini tibalah
saat yang dinanti-nantikan iaitu UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH SERTA PIALA-PIALA
PUSINGAN. Dengan ini dijemput Tn Guru Besar SK Teluk Buloh untuk mengiringi
Yang Berusaha KAPTEN BERSARA MOHD TOHA B. ABDUL BAHRI, PEGAWAI KHAS YANG
BERHORMAT DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
Diumumkan
pemenang bagi acara …………………
Tempat ke tiga …………………
Tempat ke dua ………………..
Johan ……………………..
Demikian tadi
selesainya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Sekali lagi majlis
merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YANG BERUSAHA KAPTEN
BERSARA MOHD TOHA B. ABDUL BAHRI, PEGASAI KHAS YANG BERHORMAT DATO’ SHAARANI
BIN MOHAMAD.
7.UCAPAN GURU BESAR
Majlis
diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar sK Teluk
Buloh- Tuan Haji Ahmad Rofee bin Saring untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Majlis
mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.
8.UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
Tuan-tuan dan
puan-puan majlis seterusnya menjemput KAPTEN BERSARA, MOHD TOHA BIN ABDUL
BAHRI-PEGAWAI KHAS YANG BERHORMAT DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD untuk menyampaikan
ucapan seterusnya MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-27
SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK BULOH.Dipersilakan.
Majlis
merakamkan ucapan terima kasih kepada KAPTEN BERSARA, MOHD TOHA BIN ABDUL
BAHRI-PEGAWAI KHAS YANG BERHORMAT DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD kerana sudi
menyempurnakan majlis penutupan kejohanan.
9.CENDERAHATI
Majlis
seterusnya menjemput Yang berusaha TUAN GURU BESAR untuk menyampaian
cenderahati kepada Yang Berusaha KAPTEN BERSARA-MOHD TOHA BI ABDUL BAHRI.
Dipersilakan.
10.UPACARA MENURUNKAN BENDERA
Tuan-tuan dan
puan-puan,
Dengan ini
berakhirlah… KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-27.
Majlis sekali
lagi menjemput Adik Khairul Ikhwan b. Abdul Aziz untuk upacara menurunkan
bendera kejohanan seterusnya diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum
sk teluk buloh, PUAN FARIDAH BT. OSMAN.
DENGAN
PENYERAHAN BENDERA KEJOHANAN ITU TADI MAKA SEMPURNALAH SUDAH KEJOHANAN OLAHRAGA
TAHUNAN KALI KE 27.
11.HIP HIP HOORAY
MAJLIS
SETERUSNYA MENJEMPUT EN ANAS SAFFUAN SELAKU SETIAUSAHA KEJOHANAN UNTUK
MELAFAZKAN HIP HIP HOORAY SEBANYAK 3X. DIPERSILAKAN.
HIP HIP….
HOORAY 3X
Tuan2 dan puan2…
maka dengan ini berakhirlah kejohanan olahraga tahunan kali ke 27. Majlis
merakankan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara
langsung mahupun secara tidak langsung.
SEMOGA BERTEMU
DI LAIN WAKTU
SALAM 1
MALAYSIA DIUCAPKAN.
MAJULAH SUKAN
UNTUK NEGARA.
ASSALAMUALAIKUM
WBR
TAMAT
(5
Oktober 2012… dalam ingatan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan