Tulis karangan bagi tajuk-tajuk yang diberikan. Panjangnya karangan
kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi
120 patah kata.
Soalan 1
Bincangkan kebaikan dan keburukan iklan kepada pengguna.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Definisi iklan – persembahan bagi menarik perhatian
para pengguna terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan
Isi-isi
·
Kebaikan iklan kepada pengguna
-
memaklumkan kewujudan barang baru di pasaran kepada
pengguna
-
membantu pengguna memilih barang yang diingini
-
menjimatkan masa dan tenaga pengguna
·
Keburukan iklan kepada pengguna
-
menggalakkan pengguna membeli barang yang tidak
diperlukannya
-
menyemaikan sikap boros dalam diri pengguna
-
meningkatkan harga barang – kos pengiklanan
ditanggung oleh pengguna
Penutup
·
Pengguna harus bijak berbelanja – jangan dipengaruhi
iklan
Soalan 2
Kampung kamu memerlukan wakil pos.
Sebagai ketua kampung, tulis surat kepada pihak berkenaan untuk memohon
kemudahan tersebut di kampung kamu.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Alamat pengirim, alamat
penerima, tarikh, dan panggilan penerima
·
Tajuk surat
Isi-isi
·
Tujuan surat – memohon kemudahan wakil pos di
kampung kamu
·
Orang kampung menghadapi kesukaran untuk berurusan
dengan pejabat pos di bandar – jauh
·
Wakil pos diperlukan untuk memudahkah urusan –
menjimatkan masa, tenaga, dan wang orang kampung
·
Berharap permohonan dipertimbangkan
Penutup
·
Ucapan terima kasih,
tandatangan, dan nama serta jawatan
Soalan 3
Pada suatu hari, kamu ternampak seorang budak dilanggar kereta. Budak
itu terjatuh di tepi jalan.
Ceritakan tindakan kamu untuk membantu budak itu.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Bersiar-siar di taman – ternampak seorang budak
dilanggar motosikal
Isi-isi
·
Berlari ke arah budak itu – menolong budak bangun –
memapahnya ke bangku – penunggang motosikal juga membantu
·
Lutut budak itu berdarah – mengambil sapu
tangan - membalut lukanya
·
Penunggang motosikal hendak membawa budak itu ke
klinik – saya turut sama – mengekori mereka dengan basikal
·
Budak itu dirawat di klinik – menolong budak itu
menelefon anggota keluarganya
Penutup
·
Ibu bapa budak itu tiba – berterima kasih kepada
saya kerana membantu anak mereka
Soalan 4
Kamu Ketua Pengawas.
Catatkan tugas seharian kamu dengan selengkapnya.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Nyatakan tarirkh, hari, dan masa
Isi-isi
·
Mengagihkan tugas kepada pengawas-pengawas yang lain
·
Mengendalikan nyanyian Negaraku beramai-ramai
·
Perhimpunan tamat – memastikan pengawas pelatih
menjalankan tugas dengan baik
·
Mengawasi kelas-kelas kerana mesyuarat guru sedang
berjalan
·
Mempengerusikan mesyuarat mingguan badan pengawas
·
Membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh
murid-murid dan mencari jalan penyelesaiannya
Penutup
·
Catatkan masa dan tugas terakhir
Soalan 5
Komputer sangat penting dalam kehidupan harian manusia.
Tulis karangan yang bertajuk “Faedah Mempelajari Komputer”.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Pengetahuan tentang penggunaan komputer sangat
penting
Isi-isi
·
Dapat menyimpan data atau maklumat penting dalam
komputer
·
Menjimatkan masa dan tenaga
·
Menjalankan urusan dengan cara yang mudah dan dan
cepat
·
Mudah mencari maklumat dari Internet
·
Dapat menghubungi orang lain melalui e-mel
Penutup
·
Pengetahuan tentang komputer penting pada zaman
teknologi maklumat
Soalan 6
Kamu berbual-bual dengan kawan kamu tentang cara-cara untuk menguasai bahasa
Melayu.
Tulis dialog antara kamu dengan kawan kamu itu.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
- Kamu dan sahabat kamu saling bertanya khabar
Isi-isi
- Kamu
bertanya kepada sahabat kamu tentang cara-cara menguasai bahasa Melayu
- Menyertai
pertandingan mengarang dalam bahasa Melayu
- Membaca
akhbar bahasa Melayu
- Menggunakan
bahasa Melayu dalam kehidupan harian
Penutup
- Bermohon
diri untuk pulang
Soalan 7
Kamu menyertai pertandingan bahas antara sekolah di daerah kamu. Tajuk
perbahasan itu ialah “Kesihatan Lebih Penting daripada Kekayaan”.
Sediakan hujah-hujah kamu untuk menyokong tajuk tersebut.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Kata alu-aluan – menyatakan tajuk perbahasan
Isi-isi
·
Kesihatan amat penting – orang sihat tidak mudah
jatuh sakit
·
Dapat menikmati hidup jika sihat
·
Wang dan kekayaan tidak dapat memberi kebahagiaan
jika kesihatan terjejas
·
Kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang
- Rakyat harus
menjaga kesihatan – rakyat sihat negara maju
Penutup
Tegaskan bahawa kesihatan lebih penting daripada kekayaan
Soalan 8
Kamu ingin berkenalan dengan seorang sahabat pena dalam majalah Pelajar.
Tulis surat kepada sahabat pena kamu itu.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Alamat pengirim, tarikh, pembuka kata, kata ganti
nama penerima
Isi-isi
·
Tujuan surat – hendak berkenalan
·
Memperkenalkan diri sendiri – hobi, cita-cita, latar
belakang keluarga
·
Berharap dapat berkawan rapat – tidak pernah ada
sahabat pena
·
Berjanji akan membalas surat
Penutup
·
Berharap dijadikan sahabat pena – mengirim salam
Soalan 9
Andaikan kamu Ketua Pengarang majalah sekolah.
Tulis ucapan untuk dimuatkan dalam majalah tersebut yang baru
diterbitkan.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Kata alu-aluan
Isi-isi
·
Ucapan tahniah kepada sidang pengarang
·
Kagum dengan usaha mereka untuk
menerbitkan majalah
·
Peluang untuk mengetahui
kemajuan sekolah dan menunjukkan bakat
·
Berharap majalah akan terus diterbitkan
Penutup
·
Ucapan terima kasih
Soalan 10
Tulis karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Komputer”.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Aku komputer berjenama “Acer” – komputer multimedia
– siap dengan segala perisian
Isi-isi
·
Dibeli oleh seorang pelajar – membayar tunai
- Pelajar itu
menggunakanku untuk menaip, menonton cakera padat video, bermain permainan
computer, melayari Internet
·
Dijaga dengan baik oleh tuanku – berkhidmat selama
enam tahun
Penutup
·
Pada suatu malam – terkena kejutan elektrik – rosak
teruk – digantikan oleh komputer baru
Soalan 11
Kamu mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk
syarahan itu ialah “Kemalangan Jalan Raya Berpunca daripada Kecuaian Pemandu”.
Tulis syarahan kamu selengkapnya.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Kata alu-aluan
Isi-isi
·
Tidak berhati-hati ketika memandu
·
Memandu kereta dengan laju –
tidak mematuhi peraturan jalan raya
·
Memandu kereta ketika mabuk
arak – membahayakan diri dan orang lain
·
Tidak menjaga kenderaan
dengan baik – mudah menyebabkan kemalangan
Penutup
·
Perlu berhati-hati di jalan raya – hargai nyawa
Soalan 12
Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan larian merentas desa.
Selaku Ketua Rumah Sukan, tulis laporan tentang larian merentas desa
tersebut.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Tajuk laporan
Isi-isi
·
Tempat, masa, dan bilangan pelajar
·
Para pelajar pergi ke tempat
larian dengan bas dan basikal
·
Mendaftarkan diri dan dibahagikan kepada kumpulan
·
Penglibatan pasukan beruniform
·
Majlis penyampaian hadiah
Penutup
·
Berjaya memupuk nilai murni
Soalan 13
Sekolah kamu diumumkan sebagai sekolah terbaik dalam UPSR pada tahun
lalu.
Kamu dikehendaki menulis berita tentang kejayaan itu.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·
Sekolah berjaya memperoleh kelulusan 98 peratus
Isi-isi
·
Lapan peratus daripada jumlah calon UPSR mendapat 5A
·
Berjaya mengalahkan sekolah-sekolah lain
·
Peningkatan dua peratus
berbanding dengan tahun sebelumnya
·
Guru menunjukkan dedikasi dan
komitmen yang bersungguh-sungguh
Penutup
- Matlamat
sekolah hendak mengekalkan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar
Soalan 14
Ceritakan suatu perlawanan bola sepak yang pernah kamu saksikan.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
- Menyaksikan
pertandingan bola sepak – Stadium Merdeka
Isi-isi
- Perlawanan
bermula pada pukul 8.00 malam
- Pertandingan
hebat – kedua-dua buah pasukan sama handal
- Banyak
percubaan bagi menjaringakn gol
- Penyokong
kedua-dua buah pasukan bersorak-sorai
- Seorang
pemain diarah keluar padang oleh pengadil kerana melakukan kekasaran
Penutup
- Perlawanan
yang menarik – puas hati
Soalan 15
Tulis karangan tentang pengalaman kamu melawat ke negeri Sarawak.
Cadangan jawapan:
Pendahuluan
- Tarikh,
berapa lama, dan bersama siapa
Isi-isi
- Kedudukan
negeri Sarawak
- Nyatakan
tempat-tempat yang dilawati
- Pelbagai etnik dan cara hidup terdapat di Sarawak
- Pengalaman
yang tidak dapat dilupakan
Penutup
- Membeli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan
- Mencadangkan kepada keluarga dan rakan-rakan supaya melawat Sarawak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan