Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
| ||
Frasa Kerja Transitif | Frasa Kerja Tak Transitif | |
| Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap | Frasa kerja tak transitif berpelengap |
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada (ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan) Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada. | (kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangantanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada. |
contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
Subjek | Predikat | Nota | ||
Frasa Nama | Frasa kerja | |||
Kata bantu | Kata kerja | Keterangan | ||
Lelaki itu | sedang | makan | di atas meja. | maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang. |
Cikgu | masih | menulis | di papan hitam. | |
bayi itu | sedang | merangkak | dengan laju. | |
Jamal | akan | datang | esok | |
Khatib | sedang | berkhutbah | di surau |
contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap
Subjek | Predikat |
Nota
| ||||
Frasa nama |
Frasa kerja
| |||||
Kata bantu | Kata kerja | pelengkap | Penerang | keterangan | ||
Mereka | akan | pulang | ke rumah | secepat mungkin | dalam minggu ini | pelengkap frasa sendi nama |
Ahmad | ingin | menjadi | penyanyi | yang terkenal | di negara ini | pelengkap kata nama |
Saya | tinggal | di Klang | Pelengkap frasa sendi nama |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan