NOTA PENULISAN


Tulis karangan bagi tajuk-tajuk yang diberikan. Panjangnya karangan kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah kata dan tidak melebihi 120 patah kata.

Soalan 1

Bincangkan kebaikan dan keburukan iklan kepada pengguna.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Definisi iklan – persembahan bagi menarik perhatian para pengguna terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan
Isi-isi
·         Kebaikan iklan kepada pengguna
-          memaklumkan kewujudan barang baru di pasaran kepada pengguna
-          membantu pengguna memilih barang yang diingini
-          menjimatkan masa dan tenaga pengguna
·         Keburukan iklan kepada pengguna
-          menggalakkan pengguna membeli barang yang tidak diperlukannya
-          menyemaikan sikap boros dalam diri pengguna
-          meningkatkan harga barang – kos pengiklanan ditanggung oleh pengguna
Penutup
·         Pengguna harus bijak berbelanja – jangan dipengaruhi iklan

Soalan 2

Kampung kamu memerlukan wakil pos.
Sebagai ketua kampung, tulis surat kepada pihak berkenaan untuk memohon kemudahan tersebut di kampung kamu.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Alamat pengirim, alamat penerima, tarikh, dan panggilan penerima
·         Tajuk surat
Isi-isi
·         Tujuan surat – memohon kemudahan wakil pos di kampung kamu
·         Orang kampung menghadapi kesukaran untuk berurusan dengan pejabat pos di bandar – jauh
·         Wakil pos diperlukan untuk memudahkah urusan – menjimatkan masa, tenaga, dan wang orang kampung
·         Berharap permohonan dipertimbangkan
Penutup
·         Ucapan terima kasih, tandatangan, dan nama serta jawatan


Soalan 3
Pada suatu hari, kamu ternampak seorang budak dilanggar kereta. Budak itu terjatuh di tepi jalan.
Ceritakan tindakan kamu untuk membantu budak itu.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Bersiar-siar di taman – ternampak seorang budak dilanggar motosikal
Isi-isi
·         Berlari ke arah budak itu – menolong budak bangun – memapahnya ke bangku – penunggang motosikal juga membantu
·         Lutut budak itu berdarah – mengambil sapu tangan  - membalut lukanya
·         Penunggang motosikal hendak membawa budak itu ke klinik – saya turut sama – mengekori mereka dengan basikal
·         Budak itu dirawat di klinik – menolong budak itu menelefon anggota keluarganya
Penutup
·         Ibu bapa budak itu tiba – berterima kasih kepada saya kerana membantu anak mereka

Soalan 4
Kamu Ketua Pengawas.
Catatkan tugas seharian kamu dengan selengkapnya.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Nyatakan tarirkh, hari, dan masa
Isi-isi
·         Mengagihkan tugas kepada pengawas-pengawas yang lain
·         Mengendalikan nyanyian Negaraku beramai-ramai
·         Perhimpunan tamat – memastikan pengawas pelatih menjalankan tugas dengan baik
·         Mengawasi kelas-kelas kerana mesyuarat guru sedang berjalan
·         Mempengerusikan mesyuarat mingguan badan pengawas
·         Membincangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid dan mencari jalan penyelesaiannya
Penutup
·         Catatkan masa dan tugas terakhir

Soalan 5
Komputer sangat penting dalam kehidupan harian manusia.
Tulis karangan yang bertajuk “Faedah Mempelajari Komputer”.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Pengetahuan tentang penggunaan komputer sangat penting
Isi-isi
·         Dapat menyimpan data atau maklumat penting dalam komputer
·         Menjimatkan masa dan tenaga
·         Menjalankan urusan dengan cara yang mudah dan dan cepat
·         Mudah mencari maklumat dari Internet
·         Dapat menghubungi orang lain melalui e-mel
Penutup
·         Pengetahuan tentang komputer penting pada zaman teknologi maklumat

Soalan 6
Kamu berbual-bual dengan kawan kamu tentang cara-cara untuk menguasai bahasa Melayu.
Tulis dialog antara kamu dengan kawan kamu itu.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
  • Kamu dan sahabat kamu saling bertanya khabar
Isi-isi
  • Kamu bertanya kepada sahabat kamu tentang cara-cara menguasai bahasa Melayu
  • Menyertai pertandingan mengarang dalam bahasa Melayu
  • Membaca akhbar bahasa Melayu
  • Menggunakan bahasa Melayu dalam kehidupan harian
Penutup
  • Bermohon diri untuk pulang

Soalan 7
Kamu menyertai pertandingan bahas antara sekolah di daerah kamu. Tajuk perbahasan itu ialah “Kesihatan Lebih Penting daripada Kekayaan”.
Sediakan hujah-hujah kamu untuk menyokong tajuk tersebut.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Kata alu-aluan – menyatakan tajuk perbahasan
Isi-isi
·         Kesihatan amat penting – orang sihat tidak mudah jatuh sakit
·         Dapat menikmati hidup jika sihat
·         Wang dan kekayaan tidak dapat memberi kebahagiaan jika kesihatan terjejas
·         Kesihatan tidak dapat dibeli dengan wang
  • Rakyat harus menjaga kesihatan – rakyat sihat negara maju
Penutup
Tegaskan bahawa kesihatan lebih penting daripada kekayaan

Soalan 8
Kamu ingin berkenalan dengan seorang sahabat pena dalam majalah Pelajar.
Tulis surat kepada sahabat pena kamu itu.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Alamat pengirim, tarikh, pembuka kata, kata ganti nama penerima
Isi-isi
·         Tujuan surat – hendak berkenalan
·         Memperkenalkan diri sendiri – hobi, cita-cita, latar belakang keluarga
·         Berharap dapat berkawan rapat – tidak pernah ada sahabat pena
·         Berjanji akan membalas surat
Penutup
·         Berharap dijadikan sahabat pena – mengirim salam


Soalan 9
Andaikan kamu Ketua Pengarang majalah sekolah.
Tulis ucapan untuk dimuatkan dalam majalah tersebut yang baru diterbitkan.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Kata alu-aluan
Isi-isi
·         Ucapan tahniah kepada sidang pengarang
·         Kagum dengan usaha mereka untuk menerbitkan majalah
·         Peluang untuk mengetahui kemajuan sekolah dan menunjukkan bakat
·         Berharap majalah akan terus diterbitkan
Penutup
·         Ucapan terima kasih

Soalan 10
Tulis karangan yang bertajuk “Aku Sebuah Komputer”.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Aku komputer berjenama “Acer” – komputer multimedia – siap dengan segala perisian
Isi-isi
·         Dibeli oleh seorang pelajar – membayar tunai
  • Pelajar itu menggunakanku untuk menaip, menonton cakera padat video, bermain permainan computer, melayari Internet
·         Dijaga dengan baik oleh tuanku – berkhidmat selama enam tahun
Penutup
·         Pada suatu malam – terkena kejutan elektrik – rosak teruk – digantikan oleh komputer baru

Soalan 11
Kamu mengambil bahagian dalam suatu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan itu ialah “Kemalangan Jalan Raya Berpunca daripada Kecuaian Pemandu”.
Tulis syarahan kamu selengkapnya.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Kata alu-aluan
Isi-isi
·         Tidak berhati-hati ketika memandu
·         Memandu kereta dengan laju – tidak mematuhi peraturan jalan raya
·         Memandu kereta ketika mabuk arak – membahayakan diri dan orang lain
·         Tidak menjaga kenderaan dengan baik – mudah menyebabkan kemalangan
Penutup
·         Perlu berhati-hati di jalan raya – hargai nyawa

Soalan 12
Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan larian merentas desa.
Selaku Ketua Rumah Sukan, tulis laporan tentang larian merentas desa tersebut.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Tajuk laporan
Isi-isi
·         Tempat, masa, dan bilangan pelajar
·         Para pelajar pergi ke tempat larian dengan bas dan basikal
·         Mendaftarkan diri dan dibahagikan kepada kumpulan
·         Penglibatan pasukan beruniform
·         Majlis penyampaian hadiah
Penutup
·         Berjaya memupuk nilai murni

Soalan 13
Sekolah kamu diumumkan sebagai sekolah terbaik dalam UPSR pada tahun lalu.
Kamu dikehendaki menulis berita tentang kejayaan itu.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
·         Sekolah berjaya memperoleh kelulusan 98 peratus
Isi-isi
·         Lapan peratus daripada jumlah calon UPSR mendapat 5A
·         Berjaya mengalahkan sekolah-sekolah lain
·         Peningkatan dua peratus berbanding dengan tahun sebelumnya
·         Guru menunjukkan dedikasi dan komitmen yang bersungguh-sungguh
Penutup
  • Matlamat sekolah hendak mengekalkan kecemerlangan pencapaian akademik pelajar

Soalan 14
Ceritakan suatu perlawanan bola sepak yang pernah kamu saksikan.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
  • Menyaksikan pertandingan bola sepak – Stadium Merdeka
Isi-isi
  • Perlawanan bermula pada pukul 8.00 malam
  • Pertandingan hebat – kedua-dua buah pasukan sama handal
  • Banyak percubaan bagi menjaringakn gol
  • Penyokong kedua-dua buah pasukan bersorak-sorai
  • Seorang pemain diarah keluar padang oleh pengadil kerana melakukan kekasaran
Penutup
  • Perlawanan yang menarik – puas hati

Soalan 15
Tulis karangan tentang pengalaman kamu melawat ke negeri Sarawak.

Cadangan jawapan:
Pendahuluan
  • Tarikh, berapa lama, dan bersama siapa
Isi-isi
  • Kedudukan negeri Sarawak
  • Nyatakan tempat-tempat yang dilawati
  • Pelbagai etnik dan cara hidup terdapat di Sarawak
  • Pengalaman yang tidak dapat dilupakan
Penutup
  • Membeli cenderamata untuk keluarga dan rakan-rakan
  • Mencadangkan kepada keluarga dan rakan-rakan supaya melawat Sarawak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan