Selasa, 20 November 2012

SKRIP KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SK TELUK BULOH KALI KE 27-2012


SKRIP KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SK TELUK BULOH KALI KE 27-2012

DISEDIAKAN OLEH
Pn. Ruziah bt Sudin@Samsudin

TARIKH         : 5-10-2012
HARI              : JUMAAT
MASA                        : 8.00  PAGI– 5.00 PTG

UPACARA PEMBUKAAN
Assalamualaikum w.b.r serta salam 1Malaysia.
Yang berbahagia TUAN HAJI ATAN BIN SAMPOL- KETUA KAMPUNG TELUK BULOH
Yang Berusaha tuan guru besar SK Teluk Buloh- Tn Hj Ahmad Rofee b. Saring
Yang Berusaha Yang DiPertua PIBG SK Teluk Buloh-Encik Kamarjaman bin Mijek
Guru-guru Kanan SK Teluk Buloh
Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan Olahraga Tahunan
Pegawai-pegawai kejohanan
Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid.
Alhamdulillah dengan izin Allah kita berkumpul pada pagi ini bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 27

Majlis pagi ini dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen-kontijen yang akan didahului oleh Ketua Kontijen Kejohanan Adik Khairul Ikhwan b. Abd. Aziz, pembawa-pembawa bendera kejohanan, pasukan unit-unit beruniform serta kontijen rumah sukan.

Majlis dengan ini menjemput , Yang Berusaha TUAN GURU BESAR SK TELUK BULOH, TN HAJI AHMAD ROFEE BIN SARING  untuk mengiringi
Yang Berusaha KETUA KAMPUNG TELUK BULOH – TUAN HJI ATAN BIN SAMPOL
Untuk menerima tabik hormat. Dipersilakan.


……………..Lagu marching…………………..






1.KONTIJEN PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN
Tuan-tuan dan puan-puan
Akan membuat lintas hormat di hadapan khemah tetamu sebentar lagi ialah seramai 6 orang pembawa bendera kejohanan diketuai oleh ketua kontijen, adik Khairul Ikhwan b. Abd Aziz diikuti oleh Pasukan Pengakap  , Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS)  dan Pasukan Puteri Islam.

2.KONTIJEN HIJAU
Seterusnya akan membuat lintas hormat ialah kontijen
Rumah ……HIJAU  atau ZUHAL   
diketuai oleh Mohd Zafir b. Mohd Yazik  dengan ahli seramai 67 orang. MENGHAYUN TANGAN DAN MELANGKAH GAGAH- cogan kata mereka 1 TEKAD 1 JUARA

3.KONTIJEN BIRU
Kontijen seterusnya ialah
Rumah BIRU atau PLUTO
Diketuai oleh MOHD DANIEL HAKIMI B. MOHD. Dengan ahli seramai 68 orang. ……SENTIASA BERSEDIA DAN BERSEMANGAT WAJA- cogan kata mereka
……KORANG TENGOK, KORANG TAKUT

 3.KONTIJEN KUNING
Akan melintasi khemah tetamu ialah kontijen seterusnya
Rumah KUNING atau KEJORA
Diketuai oleh  …MOHD FAFIZ BIN NORHISHAM SHAH. Dengan ahli seramai 65 orang.  …………………………………. SENTIASA SEDIA MENGGEMPUR MUSUH -Cogan kata mereka  KUNING JAGUH BELAKA…….


4.KONTIJEN MERAH
Seterusnya INI DIA kontijen
Rumah  MERAH atau UTARID
Diketua oleh  …MOHD AZAMUDIN B. NASRI dengan ahli seramai 66 orang. …………………………………………… melangkah cekal- berani dengan cogan kata mereka
…MERAH MEMBARA SEMANGAT WAJA

5.KONTIJEN PRA SEKOLAH
Tuan-tuan dan puan-puan seterusnya ialah Kontijen terakhir,terdiri dari seramai 25 orang kanak-kanak kecil pra sekolah.
Walau kecil dipandang mata namun kontijen berjiwa besar ini tidak kurang hebatnya dengan Cogan kata mereka PRA-SEKOLAH BOLEH..!!!!



KETUA KONTIJEN MEMBERI ARAHAN
BARIS …..BERHENTI

Demikian tadi upacara perbarisan masuk oleh kontijen-kontijen rumah sukan. Majlis dengan ini mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha …………............
…………………………………………………………………………. kerana sudi menerima tabik hormat.


6.BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan hormatnya dipersilakan ……….....
Yang berusaha USTAZ MOHD IZHAR BIN ZAKARIA Untuk mengetuai bacaan doa.

Dipersilakan             ……DRUM……………UP
................TAMAT…………DRUM…………UP

*Majlis mengucapkan terima kasih kepada atas bacaan doa itu tadi.


7.NYANYIAN
Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagu:
Hadirin diminta untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan
LAGU NEGARAKU-LAGU NEGERI PERAK-LAGU SEKOLAH

*Begitulah tadi nyanyian LAGU NEGARAKU-LAGU NEGERI PERAK-LAGU SEKOLAH. Terima kasih kepada SEMUA hadirin.



8.UCAPAN YDP PIBG
Majlis diteruskan dengan mempersilakan YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK BULOH-EN KAMARJAMAN BIN MIJEK UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

KOMANDER MEMBERI ARAHAN
………baris senang diri…… rehatkan diri…………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.


9.UCAPAN PERASMIAN
Seterusnya Majlis dengan hormatnya mempersilakan TUAN HAJI ATAN BIN SAMPOL, KETUA KAMPUNG TELUK BULOH
Untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan kejohanan olahraga tahunan kali ke-27/2012.Dipersilakan

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha TUAN HAJI ATAN BIN SAMPOL, KETUA KAMPUNG TELUK BULOH kerana sudi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan kejohanan.

10.UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN
Tuan-tuan dan puan-puan, majlis diteruskan dengan upacara menaikan bendera kojohanan.

…………KOMANDER…. BARIS….BARIS………. SEDIA……………..
…………………….DRUM………………….
KOMANDER DAN
6 ORG PEMBAWA BENDERA KE HADAPAN SERENTAK
UNTUK MENAIKAN BENDERA

11.LAFAZ IKRAR
MajliS diteruskan dengan upacara lafaz ikrar kejohanan. Dengan ini majlis menjemput adik MOHD SAAD BIN YAAKOB untuk mengetuai bacaan ikrar.Dipersilakan

DRUM 1     …….PEMBAWA BENDERA RUMAH KE HADAPAN
DRUM 2    ……..(UP) LAFAZ IKRAR , BENDERA DITUNDUKKAN
DRUM 3     …….(UP) SELESAI IKRAR, PEMBAWA BENDERA BERPUSING DAN
                           BERGERAK MASUK BARISAN

Demikian tadi ucapaca lafaz ikrar kejohanan. Majlis mengucapkan terima kasih.



12.PERBARISAN KELUAR
Tuan-tuan dan puan-puan
Majlis diteruskan dengan Upacara Perbarisan Keluar oleh kontijen-kontijen ke RUMAH-RUMAH SUKAN.

………..KOMANDER…..BARIS…..DARI KIRI HENTAK KAKI………
BARIS DARI KIRI CEPAT JALAN
LAGU  MARC

13.MAKLUMAN
Demikianlah tadi selesainya upacara perbarisan dan perasmian kejohanan.Sebentar lagi akan dilangsungkan acara-acara kejohanan, dengan itu diminta kepada semua pegawai untuk melaporkan diri serta menerima taklimat dari ketua pegawai kejohanan.

14.PENGUMUMAN
Sebentar lagi acara akan dimulakan. Diminta kepada semua pegawai bertugas untuk mengambil tempat masing-masing. Terima kasih.

15.ACARA DIMULAKAN
Kejohanan dimulakan dengan acara ……………………………………………
Diminta kepada pengurus peserta untuk menyediakan peserta-peserta di tempat permulaan.



16.PENYAMPAIAN HADIAH
Berikut diumumkan pemenang-pemenang bagi acara …………………………………
Diminta kepada pengurus peserta untuk menyediakan pemenang-pemenang bagi acara penyampaian hadiah.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah.Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar SK Teluk Buloh mengiringi
Yang Berusaha ……………………………………………………………………………………………………….
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Yang Berusaha………………………………………………………………………………………………………
Kerana sudi menyampaian hadiah kepada para pemenang.

&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&&
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
%%%%%%%%%%%%%%%%%%

ACARA PETANG
1.PENGUMUMAN
Tuan-tuan dan puan-puan,  acara pada petang ini akan diteruskan sebentar lagi.Untuk makluman pada hadirin, sebanyak 14 acara telahpun dilangsungkan pada sebelah pagi manakala sebanyak 23 acara akan dijalankan pada petang ini.

DIMINTA KEPADA SEMUA PEGAWAI SUKAN untuk melaporkan diri dan menerima taklimat dari KETUA PEGAWAI.

Diminta kepada semua pegawai bertugas untuk mengambil tempat masing-masing KERANA ACARA AKAN DIJALANKAN SEBENTAR LAGI.Terima kasih.

2.ACARA DIMULAKAN
Kejohanan dimulakan dengan acara ……………………………………………
Diminta kepada pengurus peserta untuk menyediakan peserta-peserta di tempat permulaan.

3.PERSEMBAHAN PADANG
Tuan-tuan dan puan-puan, bagi  memeriahkan majlis pada petang ini apa kata  sama-sama kita saksikan persembahan oleh murid-murid SK Teluk Buloh. Dipersilakan…..

Begitulah tadi persembahan yang cukup menarik.Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada murid-murid yang berjaya bersatu dalam satu irama dengan semangat 1 MALAYSIA.Sekali lagi satu tepukan untuk mereka.

@@@@@@@@@@@@@@@
…………ACARA PEGAWAI…………..

4.PENYAMPAIAN HADIAH
Berikut diumumkan pemenang-pemenang bagi acara …………………………………
Diminta kepada pengurus peserta untuk menyediakan pemenang-pemenang bagi acara penyampaian hadiah.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah.Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Guru Besar SK Teluk Buloh mengiringi
Yang Berusaha ……………………………………………………………………………………………………….
Untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada
Yang Berusaha………………………………………………………………………………………………………
Kerana sudi menyampaian hadiah kepada para pemenang.


5.UPACARA PENUTUPAN
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
Demkian lah itu tadi berakhirnya acara-acara kejohanan olahraga tahunan kali ke-27. Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah serta piala-piala pusingan. Sebelum itu diminta kepada semua peserta untuk berkumpul di tengah padang.

MURID-MURID DIPERSILAKAN DUDUK

6.PENYAMPAIAN HADIAH DAN PIALA-PIALA PUSINGAN
Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH SERTA PIALA-PIALA PUSINGAN. Dengan ini dijemput Tn Guru Besar SK Teluk Buloh untuk mengiringi Yang Berusaha KAPTEN BERSARA MOHD TOHA B. ABDUL BAHRI, PEGAWAI KHAS YANG BERHORMAT DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Diumumkan pemenang bagi acara …………………
Tempat ke tiga …………………
Tempat ke dua ………………..
Johan ……………………..

Demikian tadi selesainya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Sekali lagi majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada YANG BERUSAHA KAPTEN BERSARA MOHD TOHA B. ABDUL BAHRI, PEGASAI KHAS YANG BERHORMAT DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD.


7.UCAPAN GURU BESAR
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Guru Besar sK Teluk Buloh- Tuan Haji Ahmad Rofee bin Saring untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

8.UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
Tuan-tuan dan puan-puan majlis seterusnya menjemput KAPTEN BERSARA, MOHD TOHA BIN ABDUL BAHRI-PEGAWAI KHAS YANG BERHORMAT DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD untuk menyampaikan ucapan seterusnya MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-27 SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK BULOH.Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada KAPTEN BERSARA, MOHD TOHA BIN ABDUL BAHRI-PEGAWAI KHAS YANG BERHORMAT DATO’ SHAARANI BIN MOHAMAD kerana sudi menyempurnakan majlis penutupan kejohanan.

9.CENDERAHATI
Majlis seterusnya menjemput Yang berusaha TUAN GURU BESAR untuk menyampaian cenderahati kepada Yang Berusaha KAPTEN BERSARA-MOHD TOHA BI ABDUL BAHRI. Dipersilakan.

10.UPACARA MENURUNKAN BENDERA
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dengan ini berakhirlah… KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-27.
Majlis sekali lagi menjemput Adik Khairul Ikhwan b. Abdul Aziz untuk upacara menurunkan bendera kejohanan seterusnya diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum sk teluk buloh, PUAN FARIDAH BT. OSMAN.

DENGAN PENYERAHAN BENDERA KEJOHANAN ITU TADI MAKA SEMPURNALAH SUDAH KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 27.

11.HIP HIP HOORAY
MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT EN ANAS SAFFUAN SELAKU SETIAUSAHA KEJOHANAN UNTUK MELAFAZKAN HIP HIP HOORAY SEBANYAK 3X. DIPERSILAKAN.

HIP HIP…. HOORAY 3X

Tuan2 dan puan2… maka dengan ini berakhirlah kejohanan olahraga tahunan kali ke 27. Majlis merakankan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
SEMOGA BERTEMU DI LAIN WAKTU
SALAM 1 MALAYSIA DIUCAPKAN.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
ASSALAMUALAIKUM WBR

TAMAT

 (5 Oktober 2012… dalam ingatan)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan