Khamis, 15 Mei 2014

skrip hari guru

Majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan dan semua hadirin hadirat yang memeriahkan majlis pagi ini.
Oleh itu majlis mempersilakan Tetamu-tetamu jemputan diiringi oleh tuan guru besar,  penolong-penolong kanan serta barisan guru-guru dan para staf sokongan yang dikasihi dan diraikan untuk mengambil tempat
Hadirin sekelian.
Marilah bersama-sama kita memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua warga SK teluk Buloh yang terdiri daripada para guru dan semua staf sokongan
Senja berbalam berseri indah
Sayang si dara mencari lokan
Tetamu dinanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan
                Indah pawana menghembus siantan
Layu siantan di kuala perlis
Pinjamkan saya sedikit perhatian
Mohon izinkan mulakan majlis.

Bismillah hirarahman nirahim. Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh
Yang berusaha,
Tn Hj Ahmad Rofee B. Saring
guru besar sk teluk buloh
Yang berusaha
Puan Laila bt Ishak
Pen Pegawai Pendidikan Daerah  Teknik dan Vakosional
Yang Dihormati,
ketua kampong Teluk Buloh,
Tn Haji Abdullah Sani bin Zainal Abidin
Yang dihormati
Ketua kampong Bagan Lalang
Tn Haji Alias bin Ahmad
Ketua Kampung Kebun Baru
Tn Haji Baharom,
Yang dihormati
 Encik Adnan bin Hassan,
Yang dipertua PIBG, SK Teluk Buloh

Yang Berusaha
Pegawai  Perhubungan  Sekolah
Encik Hanafiah bin Ali
Yang dihormati
Guru-guru besar Sek Agama Rakyat
Barisan para penolong kanan
Yang berusaha,
Pn siti zaviah bt busri
Penolong kanan pentadbiran
Puan Faridah bt Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal M urid
Encik Khairun Nizam bin Khamis,
 Penolong kanan ko-kurikulum.
Barisan pendidik yang disayangi.
Warga kerja  sk teluk buloh yang dikasihi
 Barisan pengawas dan ketua-ketua kelas serta murid-murid  dikasihi sekalian…

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di dewan  ini bagi meraikan sambutan hari guru peringkat sekolah bagi tahun 2014.
Selawat dan salam bagi mu Ya Rasulullah,
dikau guru kami yang teragung,
Sambutan hari guru akan kami sambut,
Bukan sahaja sebuah penghargaan buat guru-guru kami,
Bahkan kami sertakan juga buat dikau wahai rasulullah
Sebagai guru kepada guru-guru kami... 
Hadirin yang dihormati sekelian
                                     keris bersadur hulunya besi
                                     Pakaian pahlawan Tasik Chini
                                     Guru Pencetus kreativiti, penjana inovasi.
                                      tema perayaan  hari guru tahun ini..

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
Sambutan hari guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar ’cikgu’.  Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru. Semoga jadikan lah ia  sebagai tanda pembaharuan janji untuk mendidik bunga bangsa warisan pertiwi. Moga Allah memberi kekuatan akal,fikiran dan fizikal untuk kita menggalas tugas besar ini.

Nyanyian lagu negaraku/lagu sekolah
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini,dijemput para guru dan pelajar berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan lagu negaraku dan diikuti pula lagu Negeri Perak

Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Para hadirin diminta kembali mengambil tempat .

Bacaan doa
Kuih talam keladi pengat,
Bekalan nanti dalam pedati
doa dibaca memohon rahmat
moga majlis sentiasa diberkati

Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ,majlis mempersilakan  Al Ustaz Mohd Izhar bin Zakaria. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. 

Amin amin ya rabbal `alamin. terima kasih  atas bacaan doa itu tadi.

Ya tuhan penguasa alam
 kau berikanlah rahmat
Untuk dia insan bergelar guru
Semoga hidupnya sentiasa dirahmati dan diberkati

Ucapan daripada pengarah pelajaran perak.
Sidang majlis sekalian, agenda  seterusnya adalah membaca perutusan daripada pengarah pelajaran malaysia.dengan itu majlis menjemput yang berusaha,Encik Khairul Nizan bin Khamis,  Penolong Kanan Ko-kurikulum, untuk membacakan teks perutusan tersebut..
 
Demikanlah tadi  teks ucapan daripada pengarah pelajaran malaysia. Pastinya segala nasihat dan amanat akan menjadi ingatan dan pedoman untuk semua.terima kasih diucapkan kepada Encik Khairul Nizan .

kain batik tulisan tangan,
karya berzaman warisan bangsa,
Guru dan murid mencipta kecemerlangan
Sama-sama kita menabur jasa
..
Ucapan daripada ketua pengarah pelajaran Malaysia
Sidang majlis sekalian, agenda  seterusnya adalah membaca perutusan daripada ketua pengarah pelajaran Malaysia .dengan itu majlis menjemput yang berusaha  puan faridah bt othman,penolong kanan hal ehwal murid  membacakan  perutusan daripada ketua pengarah pelajaran malaysia

Terima kasih diucapkan kepada pn faridah

Ucapan menteri pelajaran
Seterusnya pula majlis menjemput yang berusaha,puan  siti zaviah bt busri penolong kanan pentadbiran  yang sudi pula membacakan teks ucapan menteri pelajaran malaysia.dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pn siti zaviah bt busri .

Ucapan wakil pelajar.  
Berhenti hujan terbit pelangi
Indah dipandang tak mampu didekati
Ikhlas ajaran guru di sanjungi
Moga  ilmumu  berkat ke akhir nanti.

Para guru dan pelajar sekalian, seterusnya majlis menjemput perwakilan murid  sk teluk buloh. Dipersilakan adik Danish Mifzal bin Norhisam Shah untuk menyampaikan ucapan mewakili murid-murid SK Teluk Buloh sempena hari guru.  Dipersilakan.

terima kasih diucapkan kepada adik Danish atas ucapan sebentar tadi. 

Luas sungguh sawah di sana
Cantik terlihat diwaktu senja
Jadikan guru insan bijaksana
Gigih mendidik berhati waja

Ucapan ydp pibg
Para hadirin sekalian, majlis menjemput pula encik adnan bin  hassan  yg dipertua pibg Sk Teluk Buloh mewakili ibu bapa dan para penjaga  untuk menyampaikan ucapan.dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada encik adnan  atas ucapan itu tadi.

Ucapan mantan guru
Kain batik cantik berseri
Di bawa dari pulau jawa
Guru mendidik ilmu diberi
Keikhlasan guru menyentuh jiwa

Para hadirin sekalian, majlis menjemput pula mantan guru yang telah memulakan kerjayanya sebagai guru
sementara mulai tahun 1979.  Beliau kemudiannya berjaya menjadi guru terlatih pada tahun 1988.  Beliau juga pernah mengajar di sk teluk buloh dari tanggal 1 disember 1991 hingga tanggal 1 disember 1993. Beliau kemudian bertukar ke sekolah rendah sungai nibong, sekinchan, selangor. Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan puan siti rohmah bt shamsuri untuk menyampaikan ucapan.dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada puan siti rohmah bt shamsuri.

 ucapan perasmian oleh gb
 hadirin sekalian, majlis diteruskan dengan Mempersilakan tn haji ahmad rofee bin saring guru besar sk teluk buloh  bagi menyampaikan ucapan.. Dipersilakan .

Terima kasih di ucapkan  di atas ucapan itu tadi...semoga segala amanat yang beliau sampaikan akan  kemas tersimpan di hati.

hadirin sekalian, Tibalah masanya kita mendengar ucap utama untuk majlis sambutan hari guru kali ini. Dengan itu majlis segala hormatnya Mempersilakan ……………………………………………………………………………………………………………  bagi menyampaikan ucapan.. Dipersilakan .
Bacaan ikrar guru/nyayian hari guru
Pegang kaca harus beringat
Bimbang terluka susah nanti
Ikrar dibaca penuh semangat
Janji terpatri disudut hati

beralih kita ke acara seterusnya dengan  menjemput semua guru ke pentas untuk bacaan ikrar yang akan diketuai oleh En Khirul Nizan bin Khamis penolong kanan kokurikulum Sk Teluk Buloh.Mohon para guru berdiri di atas pentas …di samping itu kita juga akan dipertontonkan tayangan slide bertajuk…………………………………… yang telah disediakan oleh Puan Wan Maziati dan Pn Maslena . Selepas itu,kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru dengan nyanyian lagubertajuk  kami guru malaysia dan lagu Terima kasih guru  .

Demikianlah tadi nyayian beberapa lagu daripada guru-guru yang kita sayangi. Majlis mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih.

Majlis kali ini mempersilakan tuan guru besar tn haji ahmad rofee bin saring untuk menyampaikan tanda mata kepada mantan guru yang menjadi jemputan khas yang turut diraikan dimajlis kerdil kita ini.
Majlis mempersilakan tn guru besar dengan diiringi oleh ydp pibg

Majlis menjemput Pn Siti Rohmah bt Shamsuri.

Majlis merakankan terima kasih kepada tuan guru besar kerana sudi menyampaikan tanda mata kami tadi.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Tuan-tuan tetamu jemputan , tidak lupa hadirin sekelian,izinkan saya bisik-bisikkan

Lepat rumbia di Sungai Kedah
Mari dimakan siburung tukang
Rasalah tuan sedikit juadah
Sudah tersedia di anjung belakang.

Majlis mempersilakan tuan guru besar dengan diiringan ydp pibg dan barisan guru penolong kanan serta para jemputan ke makmal computer di anjung belakang sekolah.. Majlis mohon berehat


Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum w.b.t, s
Salam sejahtera…dan selamat pagi
yang berusaha
Tn hj ahmad rofee b. Saring
guru besar sk teluk buloh
yang dihormati 
encik Adnan bin Hassan
Yang dipertua pibg, sk teluk buloh
Barisan para penolong kanan
pn siti zaviah bt busri
penolong kanan pentadbiran
 puan faridah bt othman
Penolong kanan hal ehwal murid
Encik Khairul nizan bin Khamis,
 penolong kanan ko-kurikulum.
.Barisan pendidik yang disayangi.
Warga kerja  sk teluk buloh yang dikasihi
Ajk-ajk  pibg sk teluk buloh yang berdidikasi.
 barisan pengawas dan ketua-ketua kelas seta murid-murid  dikasihi sekalian…

Persembahan murid nyanyian pra sekolah
Hadirin hadirat  dan murid-murid sekalian.
Dari Kedah ke negari Perlis
Rang muda naik pedati
Persembahan kini tampil di majlis
Halwa telinga penyeri hati,

 Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan ssatu persembaha n daripada pelajar pra sekolah sebagai tatapan  khususnya untuk guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-samalah kita saksikan Dipersilakan persembahan lagu terima kasih cikgu.

Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan itu tadi di bawah pimpinan cik saidatul akmar bt draman
Sekalung penghargaan diucapkan.

Seterusnya kita acara penyampaian hadian dan cenderamata
Kita akan mulai dengan acara cabutan hadiah bagi acara bertukar-tukar hadiah antara semua warga sk teluk buloh. Selain itu hadiah dari kelab guru dan kakitangan bagi tanda mata khas hari jadi dan cenderahati hari guru juga disampaikan serentak.

Dipersilakan tuan guru besar memulakan cabutan. Dipersilakan

Senarai guru – lihat lampiran

Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan sukaneka
Lihat lampiran

Penutup
akhirkata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga sk teluk buloh  kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari guru bagi tahun ini.
Sesungguhnya guru adalah insan kedua  selepas ibu bapa yang paling berjasa kepada kita
Pantun penutup kami hulurkan,
Moga tuan tidak kebosanan
 Tanam padi tinggal jerami
Berlagu rindu burung tempua
Menutup majlis izinkan kami
Silap salah maafkanlah jua.

Wabillah hitaufik wal hidayah..wassalamualaikum warahmatullah . majlis mohon bersurai.