Ahad, 10 Ogos 2014

skrip sukan

SKRIP KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN
SK TELUK BULOH KALI KE 29 (2014)

TARIKH         : 26 jun 2014
HARI              :khamis
MASA                        : 2.00 PTG

1.     Cue- VIP sampai
MENGALUKAN TETAMU

mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan

Yang berusaha  ________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
mewakili tuan ketua pegawai pelajaran hilir perak
, guru-guru dan staf sktb, ibubapa dan para waris serta muridmurid sekelian

2.    Cue – VIP mengambil tempat…pasukan bersedia

bismilahhirrahmannirrahim
Assalamualaikum w.b.r serta salam 1Malaysia.

Yang berusaha_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ mewakili tuan ppd hilir perak.
Guru-guru besar, Guru-guru kanan, ketua-ketua kampung, tok sidang dan para imam,
Yang berusaha barisan guru-guru Kanan SK Teluk Buloh
Pn CT Zaviah Bt Busri penolong Kanan Pertadbiran
Puan Faridah bt Othman  penolong kanan Hal ehwal murid,
Encik Khairul Nizan bin Khamis ,Penolong Kanan kokurikulum merangkap penyelaras kejohanan Olahraga tahunan ke 29 SK Teluk Buloh,
Yang dihormati Yang DiPertua PIBG SK Teluk Buloh-Encik Adnan bin Hassan
dan semua AJK PIBG, Pegawai-pegawai kejohanan,
Ahli Jawatankuasa Pengelola Kejohanan,
ibu bapa dan para waris serta murid-murid sekalian. Majlis mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran tuan2 semua pada petang ini.
Alhamdulillah dengan izin Allah kita berkumpul lagi di sini  bagi menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke 29.Tanpa membuang masa kita teruskan acara pada petang ini.

Tuan2 dan puan2
Majlis petang ini dimulakan dengan perbarisan masuk kontijen-kontijen yang akandidahului oleh Ketua Kontijen Kejohanan Adik Ashman Raziq bin Mohd Nasir.dan adik Danish Mifzal bin Norhisham Sham, pembawa-pembawa bendera kejohanan, pasukan unit-unit beruniform serta kontijen rumah sukan.

Majlis dengan ini menjemput , Yang Berusaha Ust Khairul nizam b khamis untuk mengiringi
Yang berusaha tuan_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ mewakili tuan ppd hilir perak Untuk menerima tabik hormat.Dipersilakan.

……………..Lagu marching…………………..


KONTIJEN PEMBAWA BENDERA KEJOHANAN

Tuan-tuan dan puan-puan
Akan membuat lintas hormat di hadapan khemah tetamu sebentar lagi ialah seramai 6 orang pembawa bendera kejohanan diketuai oleh ketua kontijen, Ashman Raziq bin Mohd Nasir,Gabungan unit-unit berunifom SK Teluk buloh yang terdiri daripada  Pasukan Pengakap Kanak-kanak,Pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah(TKRS) dan Pasukan Puteri Islam seramai 6orang. Mereka ini mewakili unit-unit beruniform Sk Teluk Buloh yang melibatkan semua murid Tahun 6 hingga tahun 3.




KONTIJEN Citrine
Akan melintasi khemah tetamu ialah kontijen Citrine atau rumah kuning, diketuai oleh  farhan jamil dan pembawa bendera Nazrin shah ishak, dengan ahli seramai 56 orang.   -Cogan kata mereka  KUNING JAGUH BELAKA……
kontijen iniadalah di bawah seliaan guru-guru rumah kunimg  yang diketuai oleh Puan sariah bt Abdullah, pn noor hayani, en mohd izhar, cik nor azita,   pn nurul hidayah, pn nor maziaty, en kamalrudin dan pn ngainon


KONTIJEN Ruby
Seterusnya INI DIA kontijen ruby atau rumah merah Diketua oleh  muhammad azim  dengan ahli seramai 58 orang. santai selalu dengan cogan kata mereka
Gaya Mutu Keunggulan kontijen ini adalah di bawah pengawasan  guru-guru rumah ruby yang diketuai oleh Pn Zurita Ayub, En. Kumaran, En Afiq Aiman, Pn Siti Khalimatus, Pn Ezrin Nordin, Pn, Aida Harun.



KONTIJEN TURQUOISE
Kontijen seterusnya ialah kontijen turquoise atau rumah biru .  Kontijen ini diketuai oleh Mohd Azim dan pembawa bendera rumah ialah Faris Irfan Johari.Dengan ahli seramai 58 orang. ALOHA HIDUPAN LAUT- cogan kata mereka 'go..turquoise ...go
Kontijen ini adalah di bawah bimbingan guru-guru rumah turquoise yang diketuai oleh Pn Normah Nasir, Pn. Safila Sholihin, Pn. Imra Ibrahim, Pn. Sumiyati , En. Mutukumaran, Pn. Noor Huzaina, En. Ahmad Aini

KONTIJEN Emerald
Seterusnya akan membuat lintas hormat ialah kontijen emerald atau rumah hijau yang diketuai oleh adik Muhd Khairul Azhar dan pembawa bendera kejohanan ??   dengan ahli seramai 56 orang. Boboy terbaik- cogan kata mereka Emerald terbaik. kontijen ini adalah di bawah asuhan guru-guru rumah hijau yang diketuai oleh Pn nur emmi irfan bakti, Pn Fauziah anuar, pn. kasma suria, en. safuan sanusi, pn faridah sanusi, puan rusmawati dan pn nor hidayah.




KONTIJEN PRA SEKOLAH rumah amethyst
Tuan-tuan dan puan-puan seterusnya ialah Kontijen terakhir,terdiri dari seramai 25 orang kanak-kanak kecil pra sekolah.
Walau kecil dipandang mata namun kontijen berjiwa besar ini tidak kurang hebatnya dengan Cogan kata mereka PRA-SEKOLAH BOLEH..!!!! kontijen ini telah memenangi tempat kedua kernival pra sekolah negeri perak. kontijen ini dibawah asuhan guru2 prasekolah yang diketuai oleh cik saidatul akma deraman dan pn nor aini ismail.




(CUE)             marching stop

KETUA KONTIJEN MEMBERI ARAHAN           
            BARIS …..BERHENTI

Demikian tadi upacara perbarisan masuk oleh kontijen-kontijen rumah sukan. Majlis dengan ini mengucapkan terima kasih kepada  Yang berusaha _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
mewakili tuan ppd hilir perak kerana sudi menerima tabik hormat.

  
UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN
Tuan-tuan dan puan-puan, majlis diteruskan dengan upacara menaikan bendera kojohanan.
(CUE)…………KOMANDER…. BARIS….BARIS………. SEDIA……………..
…………………….DRUM………………….
KOMANDER DAN 6 ORG PEMBAWA BENDERA KE HADAPAN SERENTAK
UNTUK MENAIKAN BENDERA

Ketua kontigen adalah adik ashman raziq  mohamad nasir
Pembawa bendera kejohanan terdiri daripada mohd uwais, zarif irfan, arif azamudin, mohd naim dan nabil sood

NYANYIAN
Majlis akan diteruskan lagi dengan nyanyian 3 buah lagi. Hadirin diminta untuk berdiri dan bersama-sama menyanyikan LAGU NEGARAKU-LAGU NEGERI PERAK-LAGU SEKOLAH

*Begitulah tadi nyanyian LAGU NEGARAKU-LAGU, NEGERI PERAK, LAGU SEKOLAH. Terima kasih kepada SEMUA hadirin.

BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, dengan hormatnya dipersilakan
Yang berusaha USTAZ Khairul Nizam b khamis Untuk mengetuai bacaan doa.
Dipersilakan .
                       
            (CUE) ……DRUM……………UP
….............TAMAT…………DRUM…………UP
*Majlis mengucapkan terima kasih kepada atas bacaan doa itu tadi.

UCAPAN YDP PIBG
Majlis diteruskan dengan mempersilakan YANG DIPERTUA PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK BULOH-En Adnan b hasan UNTUK MENYAMPAIKAN UCAPAN.

CUE- KOMANDER MEMBERI ARAHAN
………baris senang diri…… rehatkan diri…………….

Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi. (tepuk tangan)








UCAPAN PERASMIAN
Seterusnya Majlis dengan hormatnya mempersilakan Yang berusaha _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ mewakili tuan ppd hilir perak untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan kejohanan olahraga tahunan kali ke-29 dipersilakan.

Majlis merakam ucapan terima kasih kepada _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________mewakili tuan ppd hilir perak kerana sudi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan kejohanan. (tepuk tangan)

LAFAZ IKRAR
MajliS diteruskan dengan upacara lafaz ikrar kejohanan. Dengan ini majlis menjemput adik danish mirza untuk mengetuai bacaan ikrar.Dipersilakan
DRUM 1     …….PEMBAWA BENDERA RUMAH KE HADAPAN
DRUM 2    ……..(UP) LAFAZ IKRAR , BENDERA DITUNDUKKAN
DRUM 3     …….(UP) SELESAI IKRAR, PEMBAWA BENDERA BERPUSING DAN
                           BERGERAK MASUK BARISAN
Demikian tadi ucapaca lafaz ikrar kejohanan.Majlis mengucapkan terima kasih.


PERBARISAN KELUAR
Tuan-tuan dan puan-puan
Majlis diteruskan dengan Upacara Perbarisan Keluar oleh kontijen-kontijen ke RUMAH-RUMAH SUKAN yang diketuai oleh pembawa bendera rumah kejohanan.

(CUE)
………..KOMANDER…..BARIS…..DARI KIRI HENTAK KAKI………
BARIS DARI KIRI CEPAT JALAN
LAGU  MARC

Demikianlah tadi selesainya upacara perbarisan dan perasmian kejohanan.Sebentar lagi akan dilangsungkan acara-acara kejohanan, dengan itu diminta kepada semua pegawai untuk melaporkan diri serta menerima taklimat dari ketua pegawai kejohanan.

ACARA DIMULAKAN
Tuan-tuan dan puan-puan,  acara pada petang ini akan diteruskan sebentar lagi.
Untuk makluman pada hadirin, sebanyak 12 acara telahpun dilangsungkan pada Acara Pra sukan 1 pada hari rabu 18 jun manakala sebanyak 13 acara telah dijalankan Acara Pra sukan 2 yang merupakan acara-acara sukeneka manakala pada petang ini ada 25 acara sukan termasuk acara pegawai dan para tetamu.

DIMINTA KEPADA SEMUA PEGAWAI SUKAN untuk melaporkan diri dan menerima taklimat dari KETUA PEGAWAI.

Tuan-tuan dan puan-puan, sementara menunggu pegawai-pegawai dan murid-murid bersedia ,bagi  memeriahkan majlis pada petang ini kita sama-sama kita saksikan persembahan mini pancaragam yang terdiri daripada 20 orang murid tahun 4,5 dan 6 di bawah bimbingan puan nurul hidayah razali dan pn noor maziaty .

Kumpulan ini terdiri daripada pemain alat percussion, peniup rekorder yang pernah menyertai pertandingan dan beberapa pemain harmonika. Marilah kita sama-sama saksikan kumpulan ini memainkan lagu tango dan lagu pencuri yang dipopularkan oleh penyanyi mark adam. dipersembahkan.

Begitulah tadi persembahan mini pancaragam. Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Diminta kepada semua pegawai bertugas untuk mengambil tempat masing-masing KERANA ACARA AKAN DIJALANKAN SEBENTAR LAGI.Terima kasih.


Kejohanan dimulakan dengan acara 100 meter lelaki A dan Perempuan A untuk murid-murid tahun 5 dan 6
Diminta kepada para pengurus peserta untuk menyediakan peserta-peserta di tempat permulaan.

KEJOHANAN SUKAN BERLANGSUNG

PERSEMBAHAN PADANG
tuan-tuan dan puan-puan, bagi  memeriahkan majlis pada petang ini, sama-sama kita saksikan persembahan jemputan daripada kump SILANTRA BUDAYA yang dibawa khas daripada SM Sains Bagan datoh. Kumpulan ini adalah dibawah bimbingan cikgu abdul malik b kamarudin dan cikgu noor ashikin bt hashim. Dipersilakan…..

Begitulah tadi persembahan yang sangat menarik drpd kumpulan silantra budaya


5.UPACARA PENUTUPAN
Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati
Demikian lah itu tadi berakhirnya acara-acara kejohanan olahraga tahunan kali ke-
29. Majlis akan diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah serta piala-piala pusingan. Sebelum itu diminta kepada semua peserta untuk berkumpul di tengah padang.

MURID-MURID DIPERSILAKAN DUDUK






6.PENYAMPAIAN HADIAH DAN PIALA-PIALA PUSINGAN
Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu UPACARA PENYAMPAIAN HADIAH SERTA PIALA-PIALA PUSINGAN. Dengan ini dijemput pn siti zaviah pk pentadbiran SK Teluk Buloh untuk mengiringi _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ mewakili tuan ppd hilir perak untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Demikian tadi selesainya upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Sekali lagi majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________mewakili tuan ppd hilir perak



7.UCAPAN GURU BESAR
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Berusaha Pn ct zaviah bt busri penolong kanan pentadbiran SK teluk buloh mewakili tuan guru besar, tn haji rofee b saring.
Majlis mengucapkan terima kasih atas ucapan itu tadi.

8.UCAPAN PERASMIAN PENUTUP
Tuan-tuan dan puan-puan majlis seterusnya mempersilakan____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
menyampaikan ucapan seterusnya MERASMIKAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29 SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK BULOH.......Dipersilakan.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih .............kerana sudi menyempurnakan majlis penutupan kejohanan.






9.CENDERAHATI
Majlis seterusnya menjemput Yang berusaha pn siti zaviah untuk menyampaikan cenderahati kepada _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


10.UPACARA MENURUNKAN BENDERA
Tuan-tuan dan puan-puan,
Dengan ini berakhirlah… KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE-29.
Majlis sekali lagi menjemput ashman raziq dan pembawa bendera kejohanan untuk upacara menurunkan bendera kejohanan seterusnya diserahkan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum sk teluk buloh en khairul nizam b khamis.
DENGAN PENYERAHAN BENDERA KEJOHANAN ITU TADI MAKA SEMPURNALAH SUDAH KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN KALI KE 29.

11.HIP HIP HOORAY
MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT EN ANAS SAFFUAN SELAKU SETIAUSAHA KEJOHANAN UNTUK MELAFAZKAN HIP HIP HOORAY SEBANYAK 3X. DIPERSILAKAN.
HIP HIP…. HOORAY 3X

Tuan2 dan puan2… maka dengan ini berakhirlah kejohanan olahraga tahunan kali ke 28.Majlis merakankan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat samada secara langsung mahupun secara tidak langsung.
SEMOGA BERTEMU DI LAIN WAKTU
SALAM 1 MALAYSIA DIUCAPKAN.
MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA.
ASSALAMUALAIKUM WBR


TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan