Ahad, 10 Mac 2013

skrip perhimpunan sekolah

Assalamualaikum wbt. Dan selamat pagi.

Yang berusaha , Tuan Haji Ahmmad Rofee Saring , Guru Besar SK Teluk Buloh, Puan Siti Zaviah Bt Busri , Penolong Kanan Pentadbiran,
 Puan Norizan………………., Penolong Kanan Ko kurikulum,
merangkap Pemangku Penolong Kanan Ha lEhwal Murid,
Yang dihormati barisan guru-guru seterusnya rakan-rakan sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan keizinanNya dapatlah sama-sama kita berkumpul di tapak perhimpunan sekolah pada pagi ini.

Memulakan majlis pada pagi ini, kita akan sama-sama menyanyikan 4 buah lagu, Lagu Negaraku,Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah dan Lagu Perak Di Puncak Kecemerlangan
Diminta semua murid dan guru  menyanyi dengan penuh bersemangat sambil turut berdiri bagi menghormati lagu yang akan dinyanyikan.

Terima kasih atas kerjasama semua guru dan rakan-rakan.  Seterusnya lafaz ikrar. Dijemput Saudari Aina Maisarah Ramli untuk memimpin lafaz ikrar pada pagi ini. Dipersilakan.

Terima kasih saudari Aina. Bagi memberkati majlis perhimpunan pada pagi ini, dijemput Saudara Mohd Danial untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Terimakasih saudara Danial.  Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Perhimpunan kita pada pagi ini diteruskan dengan ucapan daripada guru yang bertugas pada minggu ini.Majlis mempersilakan Puan Faridah Bt Haji Ahmad Sanusi, guru bertugas minggu ini untuk menyampaikan ucapan.

Terima kasih Puan.  Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Seterusnya majlis menjemput mana-mana barisan guru penolong kanan yang ingin menyampaikan ucapan atau makluman pada pagi ini.Dipersilakan

Terima kasih puan.  Guru-guru  dan rakan-rakan sekalian.
Perhimpunan kita pada pagi ini diteruskan  dengan amanat yang akan disampaikan oleh Tuan Guru Besar.Diharap semua murid dapat memberi perhatian   amanat yang akan disampaikan. Dengan segala hormatnya Tuan guru besar dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar.Dengan berakhir ucapan itu tadi maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini.Terima kasih atas perhatian yang diberikan .Marilah sama-sama kita tutup perhimpunan ini dengan bacaan surah Al Asr.

Semua murid diminta berdiri dan bersedia dalam barisan untuk pulang ke kelas masing-masing. Majlis bersurai.

Disediakan oleh : Ustaz Izhar Zakaria (GC SK Teluk Buloh)
Diedit oleh           : Puan Faridah Haji Ahmad Sanusi






Tiada ulasan:

Catat Ulasan