Majlis mengalu-alukan
kehadiran tetamu jemputan dan semua hadirin hadirat yang memeriahkan majlis
pagi ini.
Oleh
itu majlis mempersilakan Tetamu-tetamu jemputan diiringi oleh tuan guru
besar, penolong-penolong kanan serta barisan guru-guru dan para staf
sokongan yang dikasihi dan diraikan untuk mengambil tempat
Hadirin
sekelian.
Marilah
bersama-sama kita memberikan tepukan yang gemuruh kepada semua warga SK teluk
Buloh yang terdiri daripada para guru dan semua staf sokongan
Senja berbalam berseri indah
Sayang si dara mencari lokan
Tetamu dinanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan
Indah pawana
menghembus siantan
Layu siantan di kuala perlis
Pinjamkan saya sedikit perhatian
Mohon izinkan mulakan majlis.
Bismillah hirarahman nirahim. Assalamualaikum
warahmatullah hi wabarakatuh
Yang berusaha,
Tn Hj Ahmad
Rofee B. Saring
guru besar sk teluk buloh
Yang berusaha
guru besar sk teluk buloh
Yang berusaha
Puan Laila bt
Ishak
Pen Pegawai
Pendidikan Daerah Teknik dan Vakosional
Yang Dihormati,
ketua kampong Teluk Buloh,
Tn Haji Abdullah Sani bin Zainal Abidin
Yang dihormati
Ketua kampong Bagan Lalang
Tn Haji Alias bin Ahmad
Ketua Kampung Kebun
Baru
Tn Haji Baharom,
Yang dihormati
Encik Adnan bin Hassan,
Yang dipertua PIBG, SK Teluk Buloh
Yang Berusaha
Pegawai Perhubungan
Sekolah
Encik Hanafiah bin Ali
Yang dihormati
Guru-guru besar Sek Agama Rakyat
Barisan
para penolong kanan
Yang berusaha,
Pn siti
zaviah bt busri
Penolong kanan pentadbiran
Puan
Faridah bt Othman
Penolong Kanan Hal Ehwal M urid
Encik
Khairun Nizam bin Khamis,
Penolong kanan ko-kurikulum.
Barisan pendidik yang disayangi.
Warga kerja sk teluk buloh yang dikasihi
Barisan pengawas dan ketua-ketua kelas
serta murid-murid dikasihi sekalian…
Alhamdulillah, marilah kita sama-sama
memanjatkan syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya jua maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan untuk kita sama-sama berkumpul di
dewan ini bagi meraikan sambutan hari
guru peringkat sekolah bagi tahun 2014.
Selawat dan salam
bagi mu Ya Rasulullah,
dikau guru kami
yang teragung,
Sambutan hari guru
akan kami sambut,
Bukan sahaja sebuah
penghargaan buat guru-guru kami,
Bahkan kami
sertakan juga buat dikau wahai rasulullah
Sebagai guru kepada
guru-guru kami...
Hadirin yang dihormati sekelian
keris
bersadur hulunya besi
Pakaian
pahlawan Tasik Chini
Guru
Pencetus kreativiti, penjana inovasi.
tema perayaan hari guru tahun ini..
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,
Sambutan hari guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar ’cikgu’. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru. Semoga jadikan lah ia sebagai tanda pembaharuan janji untuk mendidik bunga bangsa warisan pertiwi. Moga Allah memberi kekuatan akal,fikiran dan fizikal untuk kita menggalas tugas besar ini.
Sambutan hari guru merupakan satu pengiktirafan buat kita yang bergelar ’cikgu’. Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyemarakkan lagi iltizam dan tekad serta ikhtiar dalam usaha kita menjana dan mengangkat martabat profesion keguruan sebagai profesion yang dipandang tinggi semurni tugas seorang guru. Semoga jadikan lah ia sebagai tanda pembaharuan janji untuk mendidik bunga bangsa warisan pertiwi. Moga Allah memberi kekuatan akal,fikiran dan fizikal untuk kita menggalas tugas besar ini.
Nyanyian lagu negaraku/lagu sekolah
Sebagai pembuka tirai majlis kita pada hari ini,dijemput para guru dan pelajar berdiri dan bersama-sama menyanyikan lagu kebangsaan lagu negaraku dan diikuti pula lagu Negeri Perak
Terima kasih diucapkan kepada semua atas nyanyian itu tadi. Para hadirin diminta kembali mengambil tempat .
Bacaan doa
Kuih talam keladi
pengat,
Bekalan nanti dalam
pedati
doa dibaca memohon
rahmat
moga majlis sentiasa diberkati
moga majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan majlis kita pada hari yang penuh bermakna ,majlis mempersilakan Al Ustaz Mohd Izhar bin Zakaria. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Amin amin ya rabbal `alamin. terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Ya tuhan penguasa alam
kau berikanlah rahmat
Untuk dia insan bergelar
guru
Semoga hidupnya
sentiasa dirahmati dan diberkati
Ucapan daripada pengarah pelajaran perak.
Sidang majlis sekalian, agenda seterusnya
adalah membaca perutusan daripada pengarah pelajaran malaysia.dengan itu majlis
menjemput yang berusaha,Encik Khairul Nizan bin Khamis, Penolong Kanan
Ko-kurikulum, untuk membacakan teks perutusan tersebut..
Demikanlah tadi teks ucapan daripada
pengarah pelajaran malaysia. Pastinya segala nasihat dan amanat akan menjadi
ingatan dan pedoman untuk semua.terima kasih diucapkan kepada Encik Khairul
Nizan .
kain batik tulisan tangan,
karya berzaman warisan bangsa,
Guru dan murid mencipta kecemerlangan
Sama-sama kita menabur jasa
..
Ucapan daripada ketua pengarah pelajaran Malaysia
Sidang majlis sekalian, agenda seterusnya
adalah membaca perutusan daripada ketua pengarah pelajaran Malaysia .dengan
itu majlis menjemput yang berusaha puan
faridah bt othman,penolong kanan hal ehwal murid membacakan
perutusan daripada ketua pengarah pelajaran malaysia
Terima kasih diucapkan kepada pn faridah
Ucapan menteri pelajaran
Seterusnya pula majlis menjemput yang
berusaha,puan siti zaviah bt busri penolong kanan pentadbiran yang sudi pula membacakan teks ucapan
menteri pelajaran malaysia.dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada pn siti zaviah bt busri .
Ucapan wakil pelajar.
Terima kasih diucapkan kepada pn siti zaviah bt busri .
Ucapan wakil pelajar.
Berhenti hujan terbit
pelangi
Indah dipandang tak
mampu didekati
Ikhlas ajaran guru di
sanjungi
Moga ilmumu
berkat ke akhir nanti.
Para guru dan pelajar sekalian, seterusnya
majlis menjemput perwakilan murid sk
teluk buloh. Dipersilakan adik Danish Mifzal bin Norhisam Shah untuk
menyampaikan ucapan mewakili murid-murid SK Teluk Buloh sempena hari guru. Dipersilakan.
terima kasih diucapkan kepada adik Danish atas
ucapan sebentar tadi.
Luas sungguh sawah di
sana
Cantik terlihat diwaktu
senja
Jadikan guru insan
bijaksana
Gigih mendidik berhati
waja
Ucapan ydp pibg
Para hadirin sekalian, majlis menjemput pula
encik adnan bin hassan yg dipertua pibg Sk Teluk Buloh mewakili ibu
bapa dan para penjaga untuk menyampaikan
ucapan.dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada encik adnan atas ucapan itu tadi.
Terima kasih diucapkan kepada encik adnan atas ucapan itu tadi.
Ucapan
mantan guru
Kain batik cantik
berseri
Di bawa dari pulau
jawa
Guru mendidik ilmu
diberi
Keikhlasan guru
menyentuh jiwa
Para hadirin sekalian, majlis menjemput pula
mantan guru yang telah memulakan kerjayanya sebagai guru
sementara mulai tahun 1979. Beliau kemudiannya berjaya menjadi guru
terlatih pada tahun 1988. Beliau juga pernah
mengajar di sk teluk buloh dari tanggal 1 disember 1991 hingga tanggal 1
disember 1993. Beliau kemudian bertukar ke sekolah rendah sungai nibong,
sekinchan, selangor. Majlis dengan penuh takzim menjemput dan mempersilakan puan
siti rohmah bt shamsuri untuk menyampaikan ucapan.dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada puan siti rohmah
bt shamsuri.
ucapan perasmian oleh gb
hadirin
sekalian, majlis diteruskan dengan Mempersilakan tn haji ahmad rofee bin saring
guru besar sk teluk buloh bagi menyampaikan ucapan.. Dipersilakan .
Terima kasih di ucapkan di atas ucapan itu
tadi...semoga segala amanat yang beliau sampaikan akan kemas tersimpan di
hati.
hadirin sekalian, Tibalah masanya kita mendengar
ucap utama untuk majlis sambutan hari guru kali ini. Dengan itu majlis segala
hormatnya Mempersilakan …………………………………………………………………………………………………………… bagi
menyampaikan ucapan.. Dipersilakan .
Bacaan ikrar guru/nyayian hari guru
Pegang kaca harus
beringat
Bimbang terluka susah
nanti
Ikrar dibaca penuh
semangat
Janji terpatri disudut
hati
beralih kita ke acara seterusnya dengan menjemput semua guru ke pentas untuk bacaan ikrar yang akan diketuai oleh En Khirul Nizan bin Khamis penolong kanan kokurikulum Sk Teluk Buloh.Mohon para guru berdiri di atas pentas …di samping itu kita juga akan dipertontonkan tayangan slide bertajuk…………………………………… yang telah disediakan oleh Puan Wan Maziati dan Pn Maslena . Selepas itu,kita akan diperdengarkan dengan kelunakan suara oleh para guru dengan nyanyian lagubertajuk kami guru malaysia dan lagu Terima kasih guru .
Demikianlah tadi nyayian beberapa lagu daripada
guru-guru yang kita sayangi. Majlis mengambil kesempatan mengucapkan terima
kasih.
Majlis kali ini
mempersilakan tuan guru besar tn haji ahmad rofee bin saring untuk menyampaikan
tanda mata kepada mantan guru yang menjadi jemputan khas yang turut diraikan
dimajlis kerdil kita ini.
Majlis mempersilakan
tn guru besar dengan diiringi oleh ydp pibg
Majlis menjemput Pn Siti Rohmah bt Shamsuri.
Majlis merakankan
terima kasih kepada tuan guru besar kerana sudi menyampaikan tanda mata kami
tadi.
Banyak keluk ke penarik,
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Keluk tumbuh pohon kuini;
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.
Tuan-tuan tetamu jemputan , tidak lupa hadirin sekelian,izinkan saya bisik-bisikkan
Lepat rumbia di Sungai
Kedah
Mari dimakan siburung
tukang
Rasalah tuan sedikit
juadah
Sudah tersedia di anjung
belakang.
Majlis mempersilakan tuan guru besar dengan diiringan ydp pibg dan barisan guru penolong kanan serta para jemputan ke makmal computer di anjung belakang sekolah.. Majlis mohon berehat
Bismillahirahmanirahim…
Assalamualaikum w.b.t, s
Salam sejahtera…dan selamat pagi
yang berusaha
yang berusaha
Tn hj ahmad
rofee b. Saring
guru besar sk teluk buloh
yang dihormati
encik Adnan bin Hassan
guru besar sk teluk buloh
yang dihormati
encik Adnan bin Hassan
Yang dipertua pibg, sk teluk buloh
Barisan para penolong kanan
pn siti zaviah bt busri
penolong kanan pentadbiran
penolong kanan pentadbiran
puan
faridah bt othman
Penolong kanan hal ehwal murid
Encik Khairul nizan bin Khamis,
penolong kanan ko-kurikulum.
.Barisan pendidik yang disayangi.
Warga kerja sk teluk buloh yang dikasihi
Ajk-ajk pibg sk teluk buloh yang
berdidikasi.
barisan pengawas dan ketua-ketua kelas
seta murid-murid dikasihi sekalian…
Persembahan murid nyanyian pra sekolah
Hadirin hadirat dan murid-murid sekalian.
Dari Kedah ke negari Perlis
Rang muda naik pedati
Persembahan kini tampil di majlis
Halwa telinga penyeri hati,
Bagi
memeriahkan lagi majlis kita pada pagi ini, kita mulakan dengan ssatu
persembaha n daripada pelajar pra sekolah sebagai tatapan khususnya untuk
guru-guru yang diraikan pada hari ini. Sama-samalah kita saksikan Dipersilakan
persembahan lagu terima kasih cikgu.
Untuk makluman hadirin sekalian,persembahan itu
tadi di bawah pimpinan cik saidatul akmar bt draman
Sekalung penghargaan diucapkan.
Seterusnya kita acara penyampaian hadian dan
cenderamata
Kita akan mulai dengan acara cabutan hadiah bagi
acara bertukar-tukar hadiah antara semua warga sk teluk buloh. Selain itu
hadiah dari kelab guru dan kakitangan bagi tanda mata khas hari jadi dan
cenderahati hari guru juga disampaikan serentak.
Dipersilakan tuan guru besar memulakan cabutan.
Dipersilakan
Senarai guru – lihat lampiran
Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang
pertandingan sukaneka
Lihat lampiran
Penutup
akhirkata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga sk teluk buloh kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari guru bagi tahun ini.
akhirkata tamatlah sudah majlis kita pada pagi ini. Sekali lagi syabas dan tahniah kepada warga sk teluk buloh kerana dapat bersama-sama dalam sambutan hari guru bagi tahun ini.
Sesungguhnya
guru adalah insan kedua selepas ibu bapa yang paling berjasa kepada kita
Pantun penutup
kami hulurkan,
Moga tuan
tidak kebosanan
Tanam padi tinggal jerami
Berlagu rindu burung tempua
Menutup majlis izinkan kami
Silap salah maafkanlah jua.
Wabillah
hitaufik wal hidayah..wassalamualaikum warahmatullah . majlis mohon bersurai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan