Assalamualaikum wbt. Dan selamat pagi.
Yang berusaha , Tuan Haji Ahmmad Rofee Saring , Guru
Besar SK Teluk Buloh, Puan Siti Zaviah Bt Busri , Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Norizan……………….,
Penolong Kanan Ko kurikulum,
merangkap Pemangku Penolong Kanan Ha lEhwal Murid,
Yang dihormati barisan guru-guru seterusnya rakan-rakan
sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan
keizinanNya dapatlah sama-sama kita berkumpul di tapak perhimpunan sekolah pada
pagi ini.
Memulakan majlis pada pagi ini, kita akan sama-sama menyanyikan
4 buah lagu, Lagu Negaraku,Lagu Negeri Perak, Lagu Sekolah dan Lagu Perak Di
Puncak Kecemerlangan
Diminta semua murid dan guru menyanyi dengan penuh bersemangat sambil
turut berdiri bagi menghormati lagu yang akan dinyanyikan.
Terima kasih atas kerjasama semua guru dan
rakan-rakan. Seterusnya lafaz ikrar. Dijemput
Saudari Aina Maisarah Ramli untuk memimpin lafaz ikrar pada pagi ini. Dipersilakan.
Terima
kasih saudari Aina. Bagi memberkati majlis perhimpunan pada pagi ini, dijemput Saudara
Mohd Danial untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan
Terimakasih saudara Danial. Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Perhimpunan kita pada pagi ini diteruskan dengan ucapan
daripada guru yang bertugas pada minggu ini.Majlis mempersilakan Puan Faridah
Bt Haji Ahmad Sanusi, guru bertugas minggu ini untuk menyampaikan ucapan.
Terima kasih Puan.
Guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Seterusnya majlis menjemput mana-mana barisan guru
penolong kanan yang ingin menyampaikan ucapan atau makluman pada pagi
ini.Dipersilakan
Terima kasih puan.
Guru-guru dan rakan-rakan
sekalian.
Perhimpunan kita pada pagi ini diteruskan dengan amanat yang akan disampaikan oleh Tuan
Guru Besar.Diharap semua murid dapat memberi perhatian amanat
yang akan disampaikan. Dengan segala hormatnya Tuan guru besar dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada tuan guru besar.Dengan
berakhir ucapan itu tadi maka berakhirlah perhimpunan kita pada pagi ini.Terima
kasih atas perhatian yang diberikan .Marilah sama-sama kita tutup perhimpunan
ini dengan bacaan surah Al Asr.
Semua murid diminta berdiri dan bersedia dalam barisan untuk pulang ke kelas masing-masing. Majlis bersurai.
Disediakan oleh : Ustaz Izhar Zakaria (GC SK Teluk Buloh)
Diedit oleh : Puan Faridah Haji Ahmad Sanusi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan