MATLAMAT
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.
OBJEKTIF
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk:- mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;
- mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
- mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
- bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;
- bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
- berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;
- berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;
- membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
- membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
- membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;
- membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
- membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
- melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
- menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
- membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
- menulis imlak dengan tepat.
- mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;
- menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
- mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
- menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
- menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan
- menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.
FOKUS
Pada akhir pembelajaran Bahasa Malaysia sekolah rendah, murid dapat memperkaya kosa kata, mempertingkatkan pemahaman berbahasa dan menguasai bahasa serta berkomunikasi secara berkesan bagi menyampaikan pendapat, idea dan maklumat dalam pelbagai situasi pembelajaran, hubungan sosial dan kehidupan harian.
SUSUNAN KANDUNGAN STANDARD
KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
Standard Kurikulum
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu diketahui dan dapat dilakukan oleh murid. Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran ini berpaksikan Kemahiran Bahasa dan Sistem Bahasa yang disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.
Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid sekolah kebangsaan. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran serta nilai murni yang perlu dikuasai oleh murid.
Standard Kandungan
Pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai murni.
Standard Pembelajaran
Pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.
Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Kemahiran bahasa merupakan teras penguasaan bahasa baku.
Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merujuk keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan, serta dapat memberikan respons.
Kemahiran Bertutur
Kemahiran bertutur merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kreatif dan kritis dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penekanan juga diberikan pada penggunaan tatabahasa yang betul.
Kemahiran Membaca
Kemahiran Menulis
Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid juga digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginatif. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
Aspek Seni Bahasa
Aspek seni bahasa merujuk keupayaan murid memahami, mengungkap dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. Murid memperoleh bahasa yang indah secara didik hibur daripada teknik nyanyian, bercerita, berlakon dan berpuisi. Seni bahasa juga menampakkan keindahan bahasa dari segi pembentukan ayat yang menggunakan simile, peribahasa, bahasa kiasan dan personifikasi yang terdapat dalam puisi dan prosa kreatif. Idea yang kreatif dapat dilahirkan oleh murid melalui lisan dan penulisan.
Aspek Tatabahasa
Aspek tatabahasa merujuk keupayaan murid menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam konteks yang diajarkan secara terancang.
Sistem Bahasa
Sistem bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.
Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis.
Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama.
a. Struktur kata merujuk pola suku kata bagi:
i. kata asli bahasa Melayu
ii. kata pinjaman bahasa Melayu
b. Bentuk kata terdiri daripada:
i. kata tunggal
ii. kata terbitan
iii. kata ganda
iv. kata majmuk
c. Proses pembentukan kata meliputi:
i. pengimbuhan
ii. penggandaan
iii. pemajmukan
Antara ketiga-tiga proses pembentukan kata ini, yang amat kompleks ialah pengimbuhan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan pada aspek penggunaan imbuhan yang betul dari segi bentuk dan makna termasuk aspek baharu dalam proses pengimbuhan.
d. Golongan kata terdiri daripada:
i. kata nama
ii. kata kerja
iii. kata adjektif
iv. kata tugas
Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Hal ini bermakna, bidang sintaksis ialah kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat. Aspek sintaksis yang diberikan tumpuan adalah seperti yang berikut:
a. Unsur utama yang terdiri daripada kata, frasa, klausa, dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat.
b. Jenis ayat, iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah, dan ayat seruan
c. Ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat pasif
d. Susunan ayat, iaitu susunan biasa dan songsang
e. Binaan ayat;
i. ayat dasar
ii. ayat tunggal
iii. ayat terbitan atau ayat majmuk
f. Proses ayat terbitan:
i. proses penggantian
ii. proses pengguguran
iii. proses penyusunan semula
iv. proses peluasan.
Tanda Baca
Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul dapat mewakili intonasi dalam bacaan dan penulisan.
Sistem Ejaan
Perkara yang diberikan penekanan ialah;i. Pola keselarasan huruf vokal
ii. Ejaan kata pinjaman
iii. Ejaan kata dasar dan kata terbitan
Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek dalam sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat.
a. Sebutan
Sebutan diajarkan supaya murid dapat menyebut sesuatu kata dengan betul. Sebutan
bahasa Malaysia yang diajarkan di sekolah hendaklah menggunakan sebutan bahasa
Melayu baku.
b. Intonasi
Intonasi ayat bahasa Melayu yang betul hendaklah diajarkan mengikut pola yang berikut:
i. ayat penyata
ii. ayat tanya
iii. ayat perintah
iv. ayat seruan
v. ayat terbalik atau songsang
vi. ayat aktif
vii. ayat pasif
Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu dipertingkat dan diperkembangkan agar murid dapat mengungkapkan maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata-mata pelajaran yang dipelajari di peringkat sekolah rendah.
Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian, dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Pengisian Kurikulum
Elemen dalam pengisian kurikulum ialah ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya, dan kemahiran bernilai tambah. Penerangan ringkas bagi setiap elemen seperti yang berikut:
- Ilmu
- Nilai Murni
- Kewarganegaraan
- Peraturan Sosiobudaya
- Kemahiran Bernilai Tambah
- Kemahiran Berfikir
- Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi
- Kemahiran Belajar Cara Belajar
- Kajian Masa Depan
- Kecerdasan Pelbagai
- Pembelajaran Konstruktivisme
- Pembelajaran Kontekstual
- Kreativiti dan Inovasi
- Keusahawanan
Penekanan Konsep 5P
Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia menekankan konsep penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:Penggabungjalinan
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam hasil pembelajaran atau kemahiran daripada mata pelajaran lain.
Penyerapan
Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia, unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah boleh diserapkan. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain.
Penilaian
Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan sesuatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.
Pengayaan
Program pengayaan perlu diberikan penekanan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan.
Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran.
Pengajaran dan Pembelajaran Bertema
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Malaysia diajar berdasarkan tema. Melalui pengajaran dan pembelajaran bertema kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata dapat disepadukan dan dikukuhkan. Di samping itu, ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut:
Kekeluargaan
Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan. Tema ini diajarkan kepada murid-murid sekolah rendah agar menghargai setiap ahli keluarga.
Kemasyarakatan
Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Kesihatan dan Kebersihan
Tema kesihatan dan kebersihan merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan, dan amalan gaya hidup sihat.
Keselamatan
Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada di pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar mengutamakan keselamatan.
Perpaduan
Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan.
Kebudayaan, Kesenian dan Estetika
Tema kebudayaan, kesenian dan estetika merangkumi
elemen-elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia.
Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang dari segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara.
Sains, Teknologi dan Inovasi
Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi.
Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin akan alam sekitar dan teknologi hijau.
Pertanian
Tema pertanian mendedahkan murid perihal asas-asas pertanian secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang pertanian dan bioteknologi pertanian dalam kehidupan.
Ekonomi
Tema ekonomi mendedahkan murid perihal bidang peniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi dalam kehidupan.
CIRI MODAL INSAN (SEKOLAH RENDAH)
Pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut:
- Penguasaan kemahiran asas – membaca, menulis dan mengira
- Kemahiran menaakul, kreatif dan inovatif
- Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental)
- Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni
- Jati diri dan semangat patriotisme
- Memahami dan menghayati budaya nasional
KONSEP KURIKULUM TRANSFORMASI SEKOLAH RENDAH
· Berteraskan Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
· Berasaskan Prinsip KBSR:
- Pendekatan bersepadu
- Perkembangan individu secara menyeluruh
- Peluang dan kualiti pendidikan yang sama untuk semua murid
- Pendidikan seumur hidup
BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI
Komunikasi
- Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi
Sains & Teknologi
- Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik
- Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi
Perkembangan Fizikal & Estetika
- Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri
- Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi
Kerohanian, Sikap & Nilai
- Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai
Kemanusiaan
- Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global
- Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan
Keterampilan Diri
- Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum
KEMAHIRAN NILAI TAMBAH /
ELEMEN MERENTAS KURIKULUM (EMK)
- Kreativiti dan Inovatif
- Keusahawanan
- Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK )
KURIKULUM BERASASKAN STANDARD
Kurikulum Transformasi Sekolah Rendah digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran
Standard Kandungan
|
Standard Pembelajaran
|
Penyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
|
Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.
|
Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran
Standard Kandungan
|
Standard Pembelajaran
|
Bahasa Malaysia
Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul
|
Bahasa Malaysia
Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.
|
Bahasa Inggeris
Able to express personal response to literary texts
|
Bahasa Inggeris
Able to respond to:
a. Book covers
b. Pictures in books
c. Characters
with guidance
|
Matematik
Menama dan menentukan nilai nombor
|
Matematik
Menamakan nombor hingga 100:
a. Membilang objek dalam kumpulan.
b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.
|