Khamis, 7 Februari 2013

FRASA ADVERBA


Frasa Adverba?

Oleh MUHAMMED SALLEHUDIN AMAN
Sejak bertambah subjenis kata tugas, iaitu kata adverba timbul pendapat yang mengatakan wujud pula permasalahan bahasa yang baharu. Huraian kata adverba bahasa Melayu terkandung dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan tahun 2008.
Adakah pendapat ini benar? Untuk menjawab persoalan ini, moleklah kiranya difahami tentang kata adverba itu.
Kata adverba ialah perkataan yang menerangkan kata kerja, kata adjektif, kata nama, dan frasa sendi nama dari aspek cara, masa dan tempat. Contoh penggunaannya dalam ayat adalah seperti yang berikut:
1. Pengetua sering kali menasihati kami.
2. Keluarga kami akan datang hari esok.
3. Pak Limat sihat sentiasa.
4. Encik Lim kadang-kadang ke bandar raya.
Sering kali, esok, sentiasa, dan kadang-kadang dalam ayat 1 – 4 tergolong dalam kata adverba jati. (Dalam bahasa Melayu, ada empat golongan kata adverba, iaitu adverba jati, adverba yang asalnya daripada kata kerja, adverba yang asalnya daripada kata adjektif, dan adverba ganda). Kata adverba sering kali menerangkan kata kerja “menasihati”, esok menerangkan kata nama “hari”, sentiasa menerangkan kata adjektif “sihat”, dan kadang-kadang menerangkan frasa sendi nama “ke bandar raya”.
Kita begitu mudah mengenal pasti pembahagian binaan subjek dan predikat ayat seperti pemenggalan yang berikut ini:
1. Pengetua / sering kali menasihati kami.
2. Keluarga kami / datang hari esok.
3. Pak Limat / sihat sentiasa.
4. Encik Lim / kadang-kadang ke bandar raya.
Subjek ayat 1, 2, 3 dan 4 ialah “Pengetua”, “Keluarga kami”, “Pak Limat”, dan “Encik Lim”; manakala predikat keempat-empat ayat itu pula ialah “sering kali menasihati kami”, “datang hari esok”, “sihat sentiasa”, dan “kadang-kadang ke bandar raya”. Keempat-empat ayat contoh yang tersebut itu mempunyai pola ayat dasar FN + FK (ayat 1), FN + FK (ayat 2), FN + FA (ayat 3) dan FN + FSN (ayat 4).
Kata adverba tidak dianggap sebagai golongan kata utama bahasa Melayu, kerana tidak boleh menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat, seperti halnya dengan kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Kata ini hanya berfungsi sebagai keterangan. Oleh hal yang demikian itu, tidak wujud frasa adverba (F Adv) sebagai frasa utama binaan ayat bahasa Melayu. Frasa utama yang ada hanyalah FN, FK, FA dan FSN, dan semua frasa ini dapat menjadi unsur inti kepada konstituen frasa predikat.
Jadi, bagaimana pula tentang hal kegramatisan ayat-ayat contoh yang berikut ini, yang sering kita dengar dituturkan atau ditulis:
5. Perkahwinannya / esok.
6. Tingkah lakunya / begitu.
7. Hal ini / demikian.
Predikat ayat 5 – 7 terdiri daripada kata adverba esok, begitu, dan demikian. Ketiga-tiga ayat yang tersebut itu, seolah-olah beracuan pola *FN + F Adverba yang tidak ada dalam pola ayat dasar bahasa Melayu, selain empat pola yang telah dihuraikan tadi. Oleh sebab tidak ada pola FN + F Adverba, maka pastilah ayat-ayat 5 – 7 itu salah tatabahasanya, kerana mana mungkin kata adverba dapat berfungsi sebagai predikat.
Sebenarnya, ayat-ayat tersebut, yang kelihatan mengandungi kata adverba yang berfungsi sebagai predikat, merupakan ayat minimal. Ayat minimal bermaksud ayat yang ada bahagiannya telah digugurkan kerana dipengaruhi oleh bahasa lisan atau bahasa basahan.
Ayat penuh bagi ayat-ayat minimal di atas adalah seperti dalam 5 (a) – 7 (a) yang berikut:
5. (a) Perkahwinannya / pada hari esok.
6. (a) Tingkah lakunya / secara begitu.
7. (a) Hal ini / secara demikian.
Dalam ayat penuh 5 (a) kata adverba esok menerangkan frasa sendi nama “pada hari”, dalam ayat penuh 6 (a) kata adverba begitu menerangkan frasa nama “secara” dan dalam ayat penuh 7 (a) kata adverba demikian menerangkan frasa nama “secara”, yang menunjukkan bahawa kata adverba sahaja tidak boleh menjadi unsur inti bagi predikat melainkan didahului oleh sesuatu frasa utama.
Sehubungan dengan itu, ayat majmuk keterangan yang sering kita gunakan seperti “Hal ini demikian kerana ...” menjadi tidak baku kerana kata adverba demikian menjadi inti predikat sebagai frasa adverba. Oleh yang demikian, ayat penuhnya haruslah berbunyi atau ditulis sebagai “Hal ini secara demikian kerana ...”, baharulah ayat ini kelihatan baku (gramatis), yakni tidak terpengaruh oleh sebarang bentuk bahasa lisan (tidak baku).
Jelaslah bahawa kegramatisan ayat terletak pada kesempurnaan binaan ayat yang mengandungi unsur-unsur yang wajar ada pada setiap binaan ayat. Dengan hal yang demikian baharulah kepersisan sesuatu ayat terpelihara.
Demikian huraian bahawa tidak wujud frasa adverba dalam binaan predikat ayat bahasa Melayu. Semoga huraian ringkas ini dapat menyelesaikan masalah bahasa yang berkaitan dengan kata adverba bahasa Melayu.

FRASA SENDI NAMA


Frasa sendi nama



Frasa sendi nama wujud bersama frasa nama dan mungkin diikuti oleh kata arah sebelum frasa nama.
Frasa ini boleh didahului oleh kata bantu
Oleh kerana sifatnya eksosentrik,  ia hanya wujud bersama frasa nama.
Contoh:

SubjekPredikat
Frasa sendi nama
Kata bantuKata sendi namaKata arahFrasa nama
Aliasdariarah selatanTanjung Malim
Rombongan sekolahakankeMenara Kuala Lumpur
Kedai Pak Abudidepanmasjid
(kembali ke laman utama)

FRASA KERJA




Frasa Kerja (FK)
1. Frasa kerja boleh terdiri daripada satu atau beberapa perkataan dengan kata kerja sebagai intinya.
2. Dalam ayat, frasa kerja wujud dalam predikat.
3. Frasa kerja terbahagi kepada dua jenis, iaitu frasa kerja transitif dan frasa kerja tak transitif.
4. Binaan frasa kerja secara umumnya sama dengan kata kerja (lihat nota kata kerja)
Pembahagian jenis-jenis frasa kerja boleh diringkaskan seperti di bawah:
Frasa kerja
Frasa Kerja TransitifFrasa Kerja Tak Transitif
(i) (kata bantu) + kata kerja + objek + (penerangan) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(ii) (kata bantu) + kata kerja + objek tepat + objek sipi + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
Frasa kerja tak transitif tanpa pelengkapFrasa kerja tak transitif berpelengap
(i) (kata bantu) + kata kerja + (keterangan)Tanda kurungan menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada
(ii) (kata bantu) + kata kerja + (penerang) + (keterangan)
Tanda kurung menunjukkan unsur yang boleh ada atau tiada.
(kata bantu) + kata kerja + pelengkap + (penerang) + keterangantanda kurung menunjukkan unrus yang boleh ada atau tiada.

contoh 1 - Binaan frasa kerja tak transitif tanpa pelengkap
SubjekPredikatNota
Frasa NamaFrasa kerja
Kata bantuKata kerjaKeterangan
Lelaki itusedangmakandi atas meja.maksud ayat lengkap jika keterangan dibuang.
Cikgumasihmenulisdi papan hitam.
bayi itusedangmerangkakdengan laju.
Jamalakandatangesok
Khatibsedangberkhutbahdi surau

contoh 2 - Binaan frasa kerja tak transitif berpelengkap

SubjekPredikat
Nota
Frasa nama
Frasa kerja
Kata bantuKata kerjapelengkapPenerangketerangan
Merekaakanpulangke rumahsecepat mungkindalam minggu inipelengkap frasa sendi nama
Ahmadinginmenjadipenyanyiyang terkenaldi negara inipelengkap kata nama
Sayatinggaldi KlangPelengkap frasa sendi nama
(kembali ke laman utama)




FRASA DALAM BAHASA MELAYU


Frasa Nama  


Ingat, frasa boleh terdiri daripada satu perkataan atau atau beberapa perkataan.
Jika terdiri daripada beberapa perkataan maka inti frasa hendaklah kata nama.
Contoh:
Bas awam
Basikal adik
Basikal Raleigh
Contoh di atas, inti frasa ialah bas dan basikal.
Kata yang menyusul ialah penerang frasa.

Rumus Frasa Nama (FN)
Kata yang diterangkan, atau inti frasa, hadir dahulu dan kata yang menerangkan, atau penerang hadir kemudian. Dalam bahasa Melayu, peraturan ini dipanggil hukum D-M, yakni hukum Diterangkan -Menerangkan. Contohnya - pisang goreng
Sungguhpun begitu, umumnya susunan unsur frasa nama menurut hukum D-M terdapat beberapa kekecualian dalam beberapa keadaan frasa nama yang mempunyai penerangan mengenai nama jawatan atau gelaran dan bilangan bukan ordinal.
 Perhatikan contoh-contoh kekecualian berikut:

Frasa Nama
Nota
Penerang
Inti
Perdana
Menteri
Penerang nama jawatan
Tuan
Ahmad
Penerang gelaran/panggilan
Timbalan
Menteri Pelancongan
Penerang nama jawatan

Frasa Nama

Nota

Bilangan
Penjodoh bilangan
inti
Lapan
bilah
pedang
Penerang kata bilangan dan penjodoh bilangan
Semua
-
murid
Penerang kata bilangan
Enam
ekor
buaya
Kata bilangan dan penjodoh bilangan

Selain daripada susunan unsur mengikut hukum D-M, penerang adjektif yang menerangkan inti frasa hendaklah hadir sesudah inti frasa dn diikuti oleh penerang lain dan diakhiri oleh penentu belakang.
 Contoh:
Inti
Penerang Adjektif
Penerang Kata Nama/Frasa Nama
Penentu belakang
Kereta



http://www.tutor.com.my/stpm/Frasa%20nama/frasa_nama.htm
berkilat
ayah
itu